Monday, October 19, 2009

Chaiyok-chaiyok...

Hari ini melangkah ke pejabat seperti biasa, tapi sedikit pening-pening lalat mungkin penat dan kurang rehat... Maklumlah, semalam baru balik dari Kursus untuk Setiausaha kat Melaka.... Nak cuti pulak, fikirkan ada benda yang tak setel kat meja aku tu... Sepatutnya mmg kena cuti pon sebab Babysitter Nafeesa ada inform malam Ahad tempoh hari bapa mertua meninggal dan mohon cuti hari Isnin, Innalillahiwainnailaihirajiun.... Kalau ikutkan kali ni dah masuk kali ketiga ahli keluarga kakak tu meninggal dalam tempoh 2 bulan ni... dan aku mula merasa kepayahan juga bila terpaksa mengambil cuti beberapa kali... tapi kali ni giliran Fadly pulak... kebetulan kuliah pelajar dah habis...Alhamdulillah....

Dalam banyak situasi sekarang ni aku cuba bersikap rasional dan cuba memahami masalah orang lain... dan meletakkan diri aku di tempat mereka.... senang cakap bersangka baik.... dan ini adalah salah satu dari nilai-nilai yang aku dapat sepanjang kursus yang berlangsung hujung minggu lalu.... Insya Allah...aku ingin menjadi seorang yang berfikiran positif.

Setiap pagi, bangun dari tidur, maafkan semua orang dan lupakan kenangan pahit yang berlaku... senyumlah selalu.. dan niatkan dalam hati perkara-perkara yang positif yang ingin kita lakukan sepanjang hari...... Semoga hari-hari yang mendatang membawa keceriaan dalam hidup dan hadapilah segala cabaran dengan hati yang waja...Jadilah seperti serbuk kopi yang mampu mengubah warna air dan aromanya yang dapat menawan hati semua orang untuk merasa kenikmatannya...

Caiyok caiyok...jumpa lagi....


Thursday, October 15, 2009

Adakah aku yang terlewat?


Hai kawan-kawan sume...

Untuk melepaskan rindu dendam kat blog ni... aku letak gambo aku masa Raya tempohari...hehehe.... satu jek gambo yang ado... serius aku tahun ni tak sempat nak bergambo....so, layan jek lah gambo yang ado walau pon satu jek...hehehehehe....aku ngan feesa kat dalam kete on the way nak gi beraya.....