Monday, October 19, 2009

Chaiyok-chaiyok...

Hari ini melangkah ke pejabat seperti biasa, tapi sedikit pening-pening lalat mungkin penat dan kurang rehat... Maklumlah, semalam baru balik dari Kursus untuk Setiausaha kat Melaka.... Nak cuti pulak, fikirkan ada benda yang tak setel kat meja aku tu... Sepatutnya mmg kena cuti pon sebab Babysitter Nafeesa ada inform malam Ahad tempoh hari bapa mertua meninggal dan mohon cuti hari Isnin, Innalillahiwainnailaihirajiun.... Kalau ikutkan kali ni dah masuk kali ketiga ahli keluarga kakak tu meninggal dalam tempoh 2 bulan ni... dan aku mula merasa kepayahan juga bila terpaksa mengambil cuti beberapa kali... tapi kali ni giliran Fadly pulak... kebetulan kuliah pelajar dah habis...Alhamdulillah....

Dalam banyak situasi sekarang ni aku cuba bersikap rasional dan cuba memahami masalah orang lain... dan meletakkan diri aku di tempat mereka.... senang cakap bersangka baik.... dan ini adalah salah satu dari nilai-nilai yang aku dapat sepanjang kursus yang berlangsung hujung minggu lalu.... Insya Allah...aku ingin menjadi seorang yang berfikiran positif.

Setiap pagi, bangun dari tidur, maafkan semua orang dan lupakan kenangan pahit yang berlaku... senyumlah selalu.. dan niatkan dalam hati perkara-perkara yang positif yang ingin kita lakukan sepanjang hari...... Semoga hari-hari yang mendatang membawa keceriaan dalam hidup dan hadapilah segala cabaran dengan hati yang waja...Jadilah seperti serbuk kopi yang mampu mengubah warna air dan aromanya yang dapat menawan hati semua orang untuk merasa kenikmatannya...

Caiyok caiyok...jumpa lagi....


Thursday, October 15, 2009

Adakah aku yang terlewat?


Hai kawan-kawan sume...

Untuk melepaskan rindu dendam kat blog ni... aku letak gambo aku masa Raya tempohari...hehehe.... satu jek gambo yang ado... serius aku tahun ni tak sempat nak bergambo....so, layan jek lah gambo yang ado walau pon satu jek...hehehehehe....aku ngan feesa kat dalam kete on the way nak gi beraya.....


Tuesday, September 15, 2009

hoyeeee

Hoyeeee..... perghhhh lama sungguh aku tak masuk blog aku ni...
berkarat sungguh...hehehe... apa nak buat... aku mmg tak sempat nak masuk.. hari ni aku paksa gak nak masuk n tulis sesuatu...

Diam tak diam... dah 25 hari kita berpuasa.. dan tak lama lagik Aidilfitri akan menjelang.. Aku pasti sume kawan-kawan tentu sibuk ngan persiapan menyambut Hari Raya nanti termasuklah aku.. Yang penting keperluan untuk anak-anak..... pening gak nak layan kerenah mereka sambut Raya.... teringat kenangan waktu kecil-kecil dahulu... tahu semua siap depan mata....sekarang barulah kita merasa apa yang ibu bapa kita rasa time kita kecik-kecik dahulu... Tak kisahlah tu.... Yang penting anak-anak seronok nak berhari raya.....

Di kesempatan ini aku nak menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jikalau ada terkasar bahasa sepanjang aku berblogging ni....Insya Allah aku cuba untuk mengaktifkan diri aku ni balik dalam arena blog nih... cewahhh....

Keylah chow dulu.... Selamat Hari Raya AIdilfitri....Maaf Zahir dan Batin....


Thursday, August 27, 2009

Kembali...

Hai semua...
Akhirnya setelah lama mendiamkan diri..
Hari ini aku menyempatkan diri menulis sesuatu kat blog ni...

Bukan sengaja menghilangkan diri..
Tapi aku sibuk dalam minggu ni...
Dapat surat pertukaran tugas di saat akhir...
Aku kena bertukar ke pejabat baru... bagi aku macam sirih pulang gagang
Sebab sebelum ni memang aku di pejabat tu....

Hari ni hari kedua aku di sini.. Masih blur lagi..
Ambil masa nak sesuaikan diri balik dengan suasana kat sini...
Lama-lama okeylah kan...

Keylah aku nak gi solat...jumpe lagi nanti...
chiaowww.....


Friday, August 21, 2009

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak



Assalamualaikum kepada kawan-kawan blogger semua...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi...Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dalam setiap bicara saya dalam blog ini....

Selamat berpuasa semua....semoga menjalani ibadah puasa dengan tenang dan penuh kesabaran....


Tuesday, August 18, 2009

Over Time...

Yehaaaaaaaaaaaaa....Malam ini kita overtimee....
Wah suka nampak.... waduhh kalo overtime bikin kije takpe...
Ni kena wat meeting malam-malam yang teruk aku gak kena amik minit...
Mata dah ngantuk nih... ada kang aku tetido dalam meeting...

Sekarang ni aku kat opis sambil siapkan bahan-bahan masuk meeting..
Sempat pulak aku tulis kat blog... yelah sejak akhir-akhir makin bz pulak..
Tapi aku seronok....hehehe...

Aku nak gi tgk bilik mesyuarat dan juadah untuk meeting dah sampai belum..
Malam-malam macam nih makan roti jala cicah kuah kari ... perghhhhh lapo dah nih..

Aku kuar dulu...Jumpa lagik nanti...
daaaaaaa....


Cuba

Saja letak lirik lagu ni... kadang-kadang dengan lagu kita dapat meluahkan rasa hati kita.........


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu


Monday, August 17, 2009

Pergi Tak Kembali


Setiap insan pasti merasa,
Saat perpisahan terakhir,
Dunia yang fana akan ditinggalkan,
Hanya amalan yang dibawa.
Terdengar sayup surah dibaca,
Sayunya alunan suara,
Cemas di dada...lemah tak bermaya,
Terbuka hijab di depan mata.
Selamat tinggal pada semua,
Berpisah kita selamanya,
Kita tak sama nasib di sana,
Baikkah atau sebaliknya.
Amalan dan takwa jadi bekalan,
Sejahtera bahagia pulang...ke sana.
Sekujur badan berselimut putih,-
Rebah bersemadi sendiri,
Mengharap kasih anak dan isteri,
Apa mungkin pahala dikirim.
Terbaring sempit seluas pusara,
Soal-bicara terus bermula,
Sesal dan insaf tak berguna lagi,
Hancurlah jasad dimamah bumi.
Berpisah sudah segalanya,
Yang tinggal hanyalah kenangan,
Diiring doa dan air mata,
Yang pergi takkan kembali lagi.


Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dari Kumpulan Rabbani (1969-2009).
Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..


Thursday, August 13, 2009

Hutang Tag.. ampunnnn

Tempohari ada dapat tag dari Cutemiut78..... Sebenarnya bukan dari Cute saja... ada 2 lagik tag iaitu dari Reen dan Zaty... huhuhu... mohon maaf berbanyak maaf... kerana bukan akak tak nak jawab.. tapi tak dan lagik ni... Insya Allah akak akan jawab juga nanti....

Ni tag dari Cute.....hehehe...

1. Apakah hubungan awak dan dia? (sesiapa pon boleh)
DIA - En Fadeli... suamiku yang tercinta........

2. 5 impression terhadap dia?
~ seorang yg bertanggungjawab
~ seorang bapa dan somi yg penyayang
~ seorang yang manja dan pemalu sebenarnya...
~ minat pada kereta dan muzik...(muzik rock hoccay)
~ agak garang tapi baik hati sebenarnya...

3. Perkara yang paling memorable yang dia lakukan kat awak?
Banyak tak ingat laa... tapi dia suka buat surprise utk saya....

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
Saya sayang awak... sewaktu kali pertama couple... kami couple tak macam org lain key.Takde dating-dating, suma chating-chating..

5. Kalau dia kekasih awak...... awak akan?
Dah jadi suami ku sudah...

6. Kalau dia jadi musuh awak...... awak akan?
Iskh... ke situ pulak soklannya...merapu sungguh...hahahahaha

7. Kalau dia jadi musuh awak......mungkin kerana?
eemmm.. kerana org ketiga kot..iskh amit-amit jaban bait....

9. Overall impression tentang dia?
Seorang yang bertanggungjawab dan berfikiran jauh..

10. The most desirable thing to do to her/him?
Berjalan-jalan berdua-duaan di tepi pantai melihat matahari terbenam...

11. Apakah awak rasa tentang pandang orang terhadap awak?
Ntah ye... no idea nak jawab soklan nih...hhehehe

12. The character of you for yourself?
Periang dan agak sensitif

13. On contrary, the character you hate about you?
Teramat merendah diri..

14. The most ideal person you want to be with?
Suamiku laa...

15. For people who like you.... tell something about them....
Terima kasih kerana menyukai saya.... saya menghargainya.....

16. Ten people you tag?
~ softouch(hanim)
~ 10
~ neezareef
~ zaty84
~ Mummy 2 Haqq
~ Dee
~ Mamazana
~ Mama Ezureen
~ ctrahani
~ Reen

Key cute.... hehehe... Selesai sudah ku jawab tag mu itu... adoyaiii ade 2 lg tag... tungguuuuuuuuuu.....

*********************************************************************************

Award dari Cute gak kerana menjadi Top 50 Newest Follower dia....Thanks cute...wah spongebob..hehehe...



Dan ini pula dari Anaklaut kerana menjadi follower dia juga... Thanks anaklaut...:)..cute award nih..


Air Liur Basi

Untuk info kita bersama.....

Khasiat Air Liur Basi


Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia.
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..

Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden

Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum
baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur
basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Tuesday, August 11, 2009

Kerja Keras Tangan

Cerita ni sebenarnya dah lapuk dah.. dah berminggu-minggu kat draf.. ni penangan melayan blues lapok ari tu laaa...hehehehhe...

Ni citer pasal aku jadik bidan terejun wat cenderahati Nabil... Malam tu Nabil ckp kat ayah ngan ibu, cikgu suh wat cenderahati dari barang terpakai tukar-tukar ngan kawan, nak tukarnya tu hari soknya pulak tu...So, aku ngan En Fadeli plan laa lepas anak-anak tidur nak buat laa kan... tapi dah larut malam lupa pulak kami siap leh layan CSI malam tu...

Sok pagi dah sampai opis baru teringat, nasib baik En Fadeli kelas kul 9, terus gelabah balik umah cariklah barang terpakai nak suh aku buatkan. Perghhhhh..tangan takde seni nih nak suh buat cenderahati.. hantam jek lah labu...

Kebetulan ari tu ari Jumaat, pagi ada tazkirah... lepas tazkirah aku ajak member aku Ina tolong aku buat cenderahati tu.... Barang-barang En Fadeli dah anto masa tu.. yang ado bunga telur (yang cikai2 lak tu), cawan polisterin, benang yg cantik tu (lebihan buat kad jemputan kawin) pastu adalah straw bagai...hehehehe

Aku pening gak kan.. nak buat ape.. last2 aku pk buat jambangan bunga dalam vase.. so, korang tengoklah gambo yang sempat aku snap...




Ni la rupa pasu bunga Nabil.. aku amik idea ni dari gambar Bangunan Berputar yang pernah aku tengok kat Forum Cari dulu... Lom siap lagik nih, Ina tengah lilit ngan benang....




Aku silaplah tak potong straw tu.. kalo tak misti kemas sket....hehehe...Tak sempat nak tangkap gambar proper... van sekolah Nabil dah sampai.. ahkak bekejo beb takot tertinggal...hehehehehe...



Kad yang simple.. tak dan nak buat lawa-lawa... oklah tu Nabil dari non ado...Thanks to Ina coz tolong ahkak buat benda-benda seni nih...hehehe...


Saturday, August 8, 2009

Pesta Konvo

Hari ini bermulalah Majlis Konvokesyen kat tpt aku..Setiap kali ada Majlis Konvokesyen mestilah ada peluang berniaga...So, tahun ini Kelab kat Opis aku pun mengambil peluang utk menjana duit kelab...Ngeh Ngeh Ngeh... hari ni kita org duk bukak Gerai kat Tempat Letak Kereta sebelah Dewan Besar....Gerai kami jual Cenderahati Universiti, Bunga Sabun, Makanan dan MinumanAlhamdulillah.. jualan kami hari ini amat memberangsangkan...walaupun dibuka sebelah pagi sampai tengahari sajork....
Insya Allah esok sampai Selasa gerai kami akan dibuka satu hari....
Seronok walaupun penat sedikit...

So, saksikanlah gambar-gambar yang sempat aku snap....hehehehe...



Jajan untuk budak-budak



Roti sandwich ni kami buat sendiri... Alhamdulillah sold out...



Minuman kotak dan Tin... paling laku sebab cuaca panaskan...



Bunga sabun dalam jambangan...cewahhh...



Cenderahati Universiti



Cenderahati gak



Aku ngan Shidah, budak praktikal tempat ako...


Friday, August 7, 2009

Nabil Tak sekolah

Hari ni Nabil tak sekolah...
Sakit mata..
Matanya merah jek..
Aku rasa tu sebab panas dalam...
Nasib baik adik-adiknya tak kena sama...

Keluarga aku sekarang ni dilanda demam selsema...
Memang tengah musim tambahan lagik ada wabak Influenza tu..
Seriau gak kami sekeluarga..
Tawakal sajalah....
Yang penting kebersihan mesti diutamakan...


Suruh posing suka saja.. tak padan dengan sakit...tak nampak pulak matanya yg sakit tu..hehehe..



Nabil kat opis aku... Nak letak kat taska, takot berjangkit pulak sakit mata...


Wednesday, August 5, 2009

Risau, Takut, Bimbang

Sekarang ni kat daerah tempat aku tinggal ni...
Dah kecoh ngan H1N1...
Kat klinik, spital mmg penuh ngan manusia yang nak check tahap kesihatan mereka
Termasuk aku ni dah berapa kali pegi klinik...
Hari ni genap 7 hari sakit tekak aku tak hilang...
Sore jgn cakap laaa dah mcm Ella dah...
Ella pon tak seteruk ini...
Hari ni jugak aku dengar kes dah meningkat....
Naik bulu tengkuk bila mendengarnya...

Aku risau, takut, bimbang...
Sume dah bercampo-campo dah...
Anak-anak aku macamana??

Ya Allah... redakanlah kebimbangan di hati ini...
Kau jauhkanlah diri kami dari bala ini...
Lindungilah diri kami dengan keizinanmu...
Adakah ini bala yang kau turunkan ke atas kami dari kejahilan diri kami..
Ya Allah, Ampukankanlah dosa-dosa kami....
Hanya padamu kami meminta pertolongan..
AMIN..


Tuesday, August 4, 2009

Souvenier dari Cameron Highlands...





Tempoh hari aku ada terima cenderahati dari 10....
Berupa sebatang pensil dari dahan pokok tertulis 'I love Cameron Highlands'
Wah 10 terima kasih banyak2 ya... ingat 10 kat akak nih...

Selain dari pensil, ada gak sekeping kad, ada gambar 10 dan hawa.. cute sangat2...
Pada kad tu ada sepotong madah mengenai teman.... cewahhhh ... akak percaya ni mesti 10 karang sendiri nih.... terharu sungguh akak... akak hargai persahabatan antara kita...

Kalo jalan-jalan makan angin ke Johor, jangan lupa contact akak ya.....


Boss Baru...

Boss baru aku...
Orangnya sempoi, selamba, brutal
beshhhhh gileeeeeeeeeeeeeee

Jadik aku taklah rasa segan
bila terkuar sore mengilai aku...hahahahahahha....
Okeh boss wa caya sama lu laaa.....


Monday, August 3, 2009

Yo! I'm Back...

Salam semua....

Hari ni akhirnya dapat gak aku meluangkan masa menulis kat blog yang dah agak bersawang ni... em.. bukan apa... minggu lepas berlaku perkara yang membawa perubahan besar dalam kerjaya aku....tak banyak sikit aku agak touching ngan perubahan tu....tapi takpe itukan lumrah kehidupan.....sebenarnya hari ni masih biru lagik... tapi aku gagahkan jugak jari jemariku ini utk menaip sesuatu kat dalam blog ini...

Alhamdulillah... walau mood tidak sehappy selalu... aku yakin dengan bersikap lebih positif... aku akan dapat atasi hal-hal yang remeh temeh ini dengan mudah.. caiyok-caiyok ninie.....hehehehehehe.....

Well, banyak sebenarnya n3 yang nak aku publishkan tapi dek kerana melayan perasaan aku maka terkuburlah n3 tersebut... ahaks.... so, mulai hari ni aku nak menjalani kehidupan aku seperti biasa tanpa ada gangguan hal-hal yang remeh temeh ni.....

ok my fren... aku chiow dulu.... jumpe di next n3.....daaaaaaa


Friday, July 31, 2009

Losyen Phytoaromatik - Iklan - Sticky Mode



130 ml

*Tidak berminyak dan mudah menyerap

Losyen ini berasaskan air dan lemak ‘Olive’ dan ‘Shea Nut Butter’ serta minyak dan ekstrak cekur. Ia juga tidak mengandungi sebarang alcohol.

Kelebihan:

• Melegakan kebas kaki tangan, terseliuh, sengal-sengal otot dan bisa-bisa
badan.
• Sesuai untuk urutan seluruh badan bagi memecahkan lemak untuk mendapatkan potongan badan yang ideal.
• Membuang angin dan melancarkan peredaran darah.
• Baik untuk sakit kepala dan menenangkan minda.
• Melembutkan dan mencantikkan kulit juga melembapkan kulit yang kering dan bersisik.

Untuk keterangan lanjut sila layari :


Monday, July 27, 2009

Aksi nafeesa dan sate





Hari tu anak aku sibuk nak makan sate.. so, ayah dia bawaklah pg belik sate... Masa nak nunggu sate tu siap, anak-anak aku sibuk main kat playground dekat2 ngan gerai sate tu laaa... Jadik aku amik kesempatan bergambo ngan Nafeesa.....hhehehe.. malunye tgk gambo sendiri.... gumukkssss.. nih nak kena diet nihhhh......adoyaiii....

Gambar sate pulak tak sempat aku nak snap sbb anak-anak ku dah tak sabo nak makan sekali bila mau snap tgk sate tinggal bape batang jek...hehehehehhehehe.....so layan gambo Nafeesa jek laa.....


Kenduri arwah







Hari Sabtu lalu, MIL aku buat kenduri arwah FIL... tahun ni genap lah 3 tahun pemergian aku nye FIL... Kenduri sebelah malam lepas Isyak utk orang lelaki jek....

Selalunya kalo kenduri MIL akan masak sendiri jadik kami menantu-menantulah yang tolong... MIL ni tak suka nak nyusahkan kawan-kawan jiran dia tu....

Aku ada gak tolong dia kat dapor potong-potong apa yang patut kan.. tapi biasalah 3N sibuk gak kat dapo nak nolong.... Time kenduri lagik besh aku kena bawak 4N masuk bilik kalo tak abis dia sibuk gak nak berkenduri gak kat bawah....hehehehe....Tu yang takde gambo waktu kenduri madang gambo makanan jek kan...hehehehe.. mana taknya tukang tangkap gambo duk jg anak... nak mintak tolong En Fadeli tak leh pulak ye lah dia selaku anak sulong misti lah wakilkan mak dia ye tak...

Masa kenduri banyak gak lauk pauk...sume MIL masak sendiri cuma kuih muih jiran-jiran bagi termasuklah ibuku yang tercinta... Mak aku tak dapat datang tapi masa siangnya tu abah aku anto Kek Gula Hangus kesukaanku ngan buah tembikai.....hehehe... sedap mak aku buat.......

So, saksikan lah gambo makanan jek ek.. aku pon tak leh lama nih.. jap lagik ade kat sini takde karen...lgpon aku nak kena gi meeting nih...okey bye..
chiowwww...


Friday, July 24, 2009

Menang teka gambar



Ya Allah!! Macam tak caya lak aku yang menang contest teka gambo tu.. sbb aku pon jawab secara suka-suka jek kan..... Aku pon tak sedar yang aku menang, tapi Neeza yang bgtau terus aku gi terjah umah chome.. tengok...mak aiii muka i terpampang u kat situ.. malu wehhhh........

Mungkin dah rezeki aku kan nak menang.. Alhamdulillah... Thanks ya Fauzieah aka chome.... dan anak teruna nye yg cute tu....


Cempedak

Gambo cempedak..soryy kuali aku ni dah berdano ek...wakakakakkaka.....



Kat tempat ako nih rajin org Fama datang berjual hasil tanaman... baru-baru ni ada jual buah dokong, cempedak dan mcm2 buah-buahan tempatan la... hari ni pon ada.. tapi aku tak pg laa mungkin En Fadeli la yang gi pegi beli .. yelah ari ni nak balik umah MIL ako kan, kalo ada buah tangan beshla sket.......

Tempohari, aku beli 4 biji buah cempedak, 1 kg RM2.....bolehlah kan... kalo org kat umah dia ada pokok cempedak leh laa amik kat pokok jek buahnya.. jd cam aku ni kena la pg belik kalo dah teringin nak makan...hehehe...


Hah... ni gambo van cempedak yang datang kat tempat aku nih...


Wednesday, July 22, 2009

AKC

Hari ni kat tempat kerja aku ada AKC... Ramai kawan-kawan yang naik pentas tahun ni..Alhamdulillah diorang mmg layak dapat pon... Aku??? AKu lom cukup layak kot... mana tau tahun depan depan depan lagik kot baru ade rezeki aku.... Insya Allah .....Amin....

Key lah aku nak pg dah nih... boss aku pon akan naik pentas gak dapat Anugerah Inovasi... wah aku nak snap gambo ni...... hehehehe......

Key lah chiowwwww.....


Naufal dan Nafeesa

Saja aku takde idea pg ni... letak gambo Naufal yang comot baru lepas makan coklat sibuk nak pangku Nafeesa... Sebenarnya Naqib pon nak pangku gak.. tapi gambonye takde...aku lupa ambil ke atau tak save kat pc aku nih.. hehehe...







Tuesday, July 21, 2009

Nasik goreng Kampung En Fadeli

Semalam aku sungguh bertuah kerana permintaanku ingin makan Nasik Goreng Kampung telah dipenuhi oleh En Fadeli.. Agaknya dia kesian kot tengok aku keletihan berpuasa..hehehe...so, smlm dia telah mengambil tugasku menyediakan juadah utk makan malam.....Asalnya En. Fadeli nak bako ikan caru.. tapi oleh kerana tekakku ni teringin nak makan nasik goreng kampung maka En. Fadeli pon terpaksa tukar menu...hehehehehe....
Ni gara-gara tengok nasik goreng Pataya Hanim la nih....heheheh tekakku terliur nak makan nasik goreng... kalo ikutkan nak jek suh En. Fadeli bungkuskan nasik tu ngan tolo...tapi takpelah ni pon dah cukup menyelerakan......


Nasik goreng biasa untuk 3N

Nasik goreng kampung meletops dan berapi hasil tangan En. Fadeli....hehehe...thankss abangggg....muaaahhhhhhh...


Seronoknya...

Gambar-gambar ni aku ambil tempohari.. masa ni baru balik kerja....Taska 3N ni letaknya tak lah jauh dari ofis aku.. so, nak ambil dorang ni jalan kaki jek... Sebelah taska tu pulak ada Taman Permainan.. apa lagik keluar jek dari taska...3N duk berlari pergi taman mainan.. apa lagik ibu dan ayah pon sama join... layanzz gambo.....






Monday, July 20, 2009

Rambutan


Hari ni aku nak citer pasal kejadian hari Ahad (semalam) yang menyeronokkan... Kami sekeluarga pergi mememtik buah rambutan dan pulasan kat kebun kawan aku.. Kebetulan pulak mak, abah dan adik aku yang dua org tu datang umah aku.. so, diorang pon join la sekali ke kebun kawan aku nak petik buah rambutan....langkah kanan tu...

Pagi-pagi lagi dalam jam 9 pagi lepas sarapan, kitorang pon gerak ke umah kawan aku tu... Dah lama dia pelawa suruh datang amik buah tapi tak berkesempatan... Jadi untuk tidak menghampakan, kami beritahu dia nak pegi hujung minggu (semalam)...


So, layanzz gambar...



Pokok rambutan kat belakang umah kawan aku tu.. dah merah-merah dah....


3N sibuk tolong kutip buah rambutan masuk dalam bakul...

3N berposing ngan buah rambutan...

Nafeesa pon nak posing gak ngan rambutan.... hehehe


Friday, July 17, 2009

Tag lagik...




Award dan tag ni pulak dari Fauzieah aka chome

Write 5 interesting facts about the person who gave you this award...

Fauzieah..orgnya sweet dan comel...
ibu kepada seorang anak lelaki...
Seorang surirumah ...
Suka memasak, melayari internet dan shopping..hehehehe
Tinggal di Kuala Lumpur...


Jot down 10 interesting facts about yourself of your hobbies

1. Anak sulong dari 4 beradik
2. Sudah berkahwin
3. Ada 4 org anak - 3 lelaki 1 perempuan
4. Seorang yang pemalu?, periang dan suka ketawa
5. Ninie adalah nama samaran yang diberi oleh arwah atok. Bukan saja nak glamer tau
6. Meminati muzik
7. Suka membaca tak kiralah novel ke, majalah ke, akhbar ke
8. Shopping
9. Nak jadi businesswoman
10. Ada lesen memandu tapi takut nak memandu...rugi kan.. cuba nak drive semula ni


Pick your 10 most deserving receipients and describe them..

Banyaknye 10 tu.... em.. sapa-sapa yang suka nak ambil award dan jawab tag.. dipersilakanlah ya.... hehehehe...


Hutang Tag...

Tempoh ari aku kena tag ngan Farasela dan Fauzieah aka chome..
So ni baru nak bayo utang-utang tu..
Minta maaf bebanyak ye dik... Ni baru nak bayo utang tag nih...hehehe

Jawab tag dari Fara dulu ya...

1. 5 nama timangan anda...Ada dua jek la..hehehe
- Ninie - mmg dari sejak baby lagik nama ni. Atok yg bagik...
- Ayang - Nama manja En Fadeli panggil... Dulu awak-awak kita-kita jek...

2. 5 Sifat/tabiat buruk...
- Merendah diri gila...
- Kuat makan...
- Kuat tido... En Fadeli yang cakap..huhuhu...
- Sensitif...skrg dah kurang sket kot...
- Kadang-kadang blur

3. 5 makanan Kegemaran...
- Kuew Teow goreng kerang n cendawan kat Pinang Sebatang...kat tpt saya ni...
- Kek coklat...
- Kek batik coklat...
- Pizza
- Nasi ayam...

4. 5 Subjek pelajaran yang paling suka...
- BM
- Sejarah
- Geografi
- Shorthand/trengkas...masa dip
- Prinsip Akaun... masa SPM...

5. 5 benda wajib dalam purse...
- Duit la...
- IC dan lesen kete
- ATM kad
- Member kad
- Gambar suami dan anak-anakku...

6. 5 topik yang biasa di bual bersama pasangan/teman
- pasal kerja
- pasal bisnes
- pasal anak-anak
- pasal dunia blog
- kalo ngan teman-teman... tu rahsia ya...hehehee

7. 5 mangsa tag...
Hari ni aku baik hati... aku tak nak tag sapa-sapa tapi kalo yang berminat nak buat.. dipersilakan......


Thursday, July 16, 2009

Yang Mana Satu???






Aku nak beli satu kain yang aku rasa lawalah kat mata aku ni..
Tak tau la kat mata korang camne...
Ada orang cakap macam kain langsir sebab coraknya tu cam jalur-jalur...
Aku bawak balik umah tunjuk En Fadeli..
Dia berkenan kat dua-dua kain tu... tapi dia suggest ambil kale oren
Sebab aku dah banyak sangat baju kale pink..hehehe
Pendapat korang camne ek... Lawa tak aku berbaju oren....


Wednesday, July 15, 2009

Hari Semalam...

Semalam petang bila balik dari kerja... macam biasalah duk ngangkut 3N dari taska pastu pegi amik Baby Nafeesa pulak kat umah babysitter dia... Sebelum balik ke umah, singgah ke kedai cari Roti dan Kaya... biasalah nak buat roti bako..hehehe..Marjerin masih ada lagik kat umah...

Selalunya yang pegi belik barang En. Fadeli la... kalo sume nak ikut... adoyaiiii... tak sempat nak belik barang dik nun ahkak nih...baru selangkah masuk kedai dah kena masuk balik dlm kete.... ya lah ahkak ni anak ramai.. tau lah kerenah dorang camne..hehehhehe...

Ni aku nak tunjuk gambo gambo kerenah 4N dalam kereta sementara tunggu En. Fadeli bershoping seorang diri....hehehehehe.....layanzzzzz....




Ni gambo ada orang marah tak dapat ikut ayah dia pegi kedai....siannnnnn hehehehe..




Aikk dah suka balik sebab ibu dia ajak bergambo.......




Sibuk nak bergambo pangku Nafeesa... Nafeesa terlopong tengok ibu amik gambo dia..hehehe..




Naufal wat muka gangsta ya......




Naqib cool jek kan Naqib... pandai bawak diri.....