Wednesday, May 6, 2009

Mencandat Sotong

Mencandat sotong?? Bagi mereka-mereka yang kaki pancing misti seronok kan... Ini adalah salah satu aktiviti semasa Hari Keluarga... Saja suruh cik Abang ikut cari pengalaman mcamana para nelayan tangkap sotong....selama ni yang kita tahu hanya makan sotong kan... dah ada peluang jgn lepaskan carik pengalaman di tengah laut....
Petang Jumaat tu, sume dah berkumpul di parking utk naik bas ke Jeti..dibahagikan kepada 3 kumpulan... cik abg siang2 dah telan 2 biji panadol takut mabuk laut katanya....

Tapi malam masa aktiviti, ribut pulak, dengan bunyi kilat dan guruh bersahutan... kami yang di bilik punyalah risau keselamatan suami dan anak masing-masing di tengah laut apatah lagik mereka yang di tengah laut....Subuh jam 5 pagi dorang selamat balik ke bilik.... sian tengokkan lemah longlai.... cik abang cerita pengalaman ribut di tengah laut.... mmg mengerikan.... dapat rasa bot dipukul dan dilambung ombak laut... Hanya Allah saja yang tau perasaan masa tu... antara hidup dan mati katanya.... Padanlah dapat seekor jek sotong... rupanya mereka dah tau malam tu akan berlakunya kejadian ribut... so, kalau makan makanan laut.. igtlah para nelayan yang bertungkus lumus mencari rezeki yang halal di tengah laut... menggadaikan nyawa masing-masing utk mencari sesuap nasi.....



Cik abang kita ni dapat seekor sotong jek malam tu.....


Cantik kan pemandangan ketika matahari nak terbenam


Suasana laut..


Suasana dalam bot, masing-masing sibuk ngan peralatan mencandat...


Gambo lagi...


Naqib kepenatan setelah shoping sakan


Bas yang bawak kami shopping ke Payang


Sukanya naufal....


comotnye adik naqib ni...


baby nafeesa pon penat duk dalam stroller


Berehat setelah penat shoping di Payang


Gambo lagi...


Sibuk main


Dalam perjalanan nak shopping ke Pasar Payang, sempat snap gambo Masjid


Tuesday, May 5, 2009

Gambo Family Day di Terengganu


Eh tiba-tiba bapak budak pulak yang lebih....


Mandi kolam.... nampak air jek...mana budak2 ni...


Tak sabo nampaknye bujang2 ku ini nak berendam....


Suasana masa pertandingan mewarna, Nabil dan Naqib jek yg masuk... Naufal masa ni kat bilik lagik... sibuk ngan ayah dia aje...


Pertandingan Mewarna kanak-kanak bawah 6 tahun.. Naqib masuk gak tapi ibu tolong kalerkan... dapat pencil color free jek....


Tgh tunggu giliran... Naqib pon sibuk nak masuk gak...



Ni Nabil masuk sukaneka permainan amik gula2 dlm tepung pakai mulut.... pon Nabil tak dapat nombor... cuba lagik tahun depan... Naufal masa ni tak masuk... dia balik bilik sakit perut.... nak iyakkkk.... ucuknyeeee


Nabil masuk sukaneka...amik air pakai span.... tak dpt nombor pon... takpelah tahun depan cuba lagik....


Panahan Mata

Dapat email dari seorang sahabat.... mari kita renungi bersama.... dalam kehidupan ni, banyak perkara yang kita tak tahu dan perlu ambil tahu... sedikit banyak dapat ilmu... yang baik buat teladan yang tak baik buat sempadan dan pengajaran......


Elakkan panahan mata

Kerjaya saya banyak membabitkan perjumpaan dengan orang, sesiapa sahaja
tidak kira jantina, bangsa, pangkat dan kerja. Kali terakhir saya berjumpa
dengan tauke perabot yang berasal dari Arab ini pada tahun 1997. Kesibukan kerja
dan urusan peribadi membuatkan saya tidak lagi mengunjungi beliau. Namun
baru-baru ini saya bertemu sekali lagi dengan beliau kerana tugas.

Selepas saling berjawab salam, perkataan pertama yang diucap oleh beliau
sewaktu melihat saya ialah "MasyaAllah.. semakin sihat badan awak
ni,". Saya tersenyum sambil membalas, "Tuan pula semakin kacak dan
segak,". Segera beliau menyampuk, "Ucapkan masyaAllah dulu, ucapkan
masyaAllah dulu baru cakap perkataan tadi," Dalam keadaan terkejut saya pun
mengulang perkataan tadi, " MasyaAllah, tuan semakin kacak dan segak
sekarang,"
>
> Mengekori beliau masuk ke kedai saya bertanya, "Mengapa saya perlu
tambah perkataan MasyaAllah tadi?" Jawapannya ringkas," Elakkan
panahan mata,"

Saya tidak puas hati lalu bertanya lagi,"Panahan mata apa? Saya tidakmerenung pun mata tuan," Jawab beliau," Semua benda sama ada baik rupa
atau buruk keadaan datang dari Allah. Kita pinjam je semua itu. Kerana itu kita
perlu puji Allah kerana pemberiannya sama ada menyebut Subhanallah atau Masya
Allah. Pernah tak saudari alami peristiwa, pakaian, kasut atau beg tangan dipuji
orang kerana cantik dan sesuai dengan saudari tetapi keesokkan harinya atau
dalam minggu itu dapati ia secara tidak sengaja terkoyak atau rosak.

Pernah tak saudari dipuji orang kerana berwajah cantik, berkulit halus
tetapi dalam bulan itu atau dalam tempoh terdekat tiba-tiba penuh jerawat atau
berlaku kemalangan menyebabkan lebam di muka atau ditubuh. Pernah tak merasa
dipuji kerana tidak pernah melakukan kesilapan sewaktu membuat kerja atau
menjalankan amanah tiba-tiba ditimpa masalah sehinggakan menjejaskan reputasi
kerja. Itulah yang dikatakan panahan mata,"

Saya masih tidak faham, lalu bertanya, apa kaitan semua kecelakaan itu
dengan panahan mata ? Sambil tersenyum beliau menjawab, "Saudari, tidak
semua pujian itu datang dari hati ikhlas, oleh itu kita perlu ucapkan pujian
kepada Allah terlebih dahulu sebelum memuji benda lain dan anjurkan orang lain
untuk berbuat demikian. Di negara saya yang berpadang pasir panahan mata terjadi
dalam sekelip mata. Jika hari ini sebuah kereta dipuji kerana cantik, keesokkan
paginya pemilik kereta itu rugi kerana keretanya kemalangan. Tetapi kurang
terjadi di negara ini kerana banyak pokok tumbuh yang memesongkan panahan mata
ini menyebabkan tuan punya diri tidak selalu kena malang . Tapi kita memang dianjurkan untuk memuji Allah dahulu sebelum memuji benda kerana kita ni kan
meminjam saja," jelasnya

Saya hanya menyampaikan sesuatu yang saya peroleh sewaktu bertugas. Jika
ada kebaikan ambil dan jika ada kekurangan sila perbetulkan saya.

Wassalam.

* Bahaya kan...kita tatau org puji2 kita ni ikhlas ke tak... jd jgn terlambung sangat bila dipuji... tah2 kene perli so igtkan diri sendiri....hehehehhehe


Monday, May 4, 2009

Permata Hatiku...



Familyku.... sebenarnya dah bertambah 2 lagi.. ini gambo lama... gambo baru tungguuuuuuuuuu.....



Family day di Mersing 2007



Nabil dan Naufal naik kuda pusing



Permata Keduaku - Naufal Sulaiman bin Mohd Fadly



Permata Sulongku - Nabil Iskandar bin Mohd Fadly


Penatnya......

Dah lama rasanya aku tak update blog ni, hari ni aku gerakkan juga jari jemariku ini mengupdate cerita-cerita terbaru walaupun aku mengantuk gila ni... maklumlah baru balik dari Terengganu mlm tadik... balik2 dah kumbah beg yang penuh ngan baju kotor... mlm tadik baru trip 1 basuh baju (aku basuh baju anak2 dulu) mlm ni sambung trip kedua... kalo nak basuh sume mau meletup washing machine aku tu.......
Sambil menaip aku layan dengar lagu dari Cokelat - Karma..

Karma - Cokelat

Sekian lama kita bersama
Ternyata kau juga
Sama saja

Kau kira kupercaya semua
S’gala tipu daya
Oh percuma

Kau buat sempurna awalnya
Berakhir bencana

Selamat tinggal sayang…
Bila umurku panjang
Kelak ku ‘kan datang
‘Tuk buktikan satu balas ‘kan kau jelang
Jangan menangis sayang
Ku ingin kau rasakan pahitnya terbuang
Sia-sia, memang kau pantas dapatkan

Akhirnya, usai sudah semua
Kudapat tertawa
Bahagia

S’lalu tampak indah awalnya
Berakhir bencana