Thursday, June 4, 2009

Letihnyaaa...

Tengahari tadik aku keluar jap gi bandar
nak carik adiah bernilai RM10 utk Hari Setiausaha sok
(kat sini baru nak sambut, org dah nak sambut Hari Bapa dah)
sian Setiausaha kat sini tau....

Tapi tak jumpe2 gak adiah yang seswai..
pening pala...
Baju itam putih dah ready dah sejak dua menjak lagikkkkk....
Aku sempat gak belik kasut tadik...
Ya Allah nak carik kasut punya lah susah
Maklumlah kaki saiz gajah mcm aku ni susah sket nak carik kasut

Last2 jumpe gak kasut yg jenis ternganga mulut kat depan tu...
hehehehe tu pon ketat gak takpe lah nnti lama2 kembanglah tu...
Kalo nak tau kakiku ini saiznya saiz 10 kalo nak pakai 9 mesti tengok
bentuk kasut camne ye.. jenis yg macam mulut itik tu boleh lah masuk
kalo mulut buaya minta maaf lah mmg tak masuk...ekekekekkeke....

Ni aku masuk opis telambat sket sbb gi makan sekali tadik ngan cik abg aku..
hehehehe.. sodap gak makan tadik lauk asam pedas ikan pari
tapi seksa gak lah arini sbb
aku pakai set beautiful...jdnya bila dah terlebih makan
makin terasalah set tu mencengkam bdn aku....
Nak slim punya pasal beb....
ekekekekekekekke.....


Happy Besday Naqib!



Happy Besday to you...
Happy Besday to you...
Happy Besday Naqib...

Happy Besday to you....

Selamat Ulang Tahun yang kedua...
Semoga menjadi anak yang Soleh...
Yang menyenangkan ibu dan ayah...
Semoga membesar sebagai JOHAN...

Cayangggg NaQIB...


Wednesday, June 3, 2009

Esok Besday Naqib....

Em.... pejam celik pejam celik...
sok besday Naqib yang ke 2 tahun...
rasa macam sekejap jek masa berlalu...
n tiba2 juga sekejap jek naqib dah ada adik...



.............................................:: naqib baby ::.............................................



...................................:: dah nampak rupa naqib ::...................................


Sian Naqib kecil-kecil lagik dah dapat adik...
Apa-apa pun ibu tetap sayang Naqib dan abang-abang tau...

Banyak keistimewaan Naqib walau dulu susah nak melahirkan dia..... Hanya Tuhan jek yg tau (Naqib kuar 4.04 kg).....

Istimewanya Naqib....

1. Independant,
2. Tak byk ckp tapi sesekali mengamuk mcm rimauuu... aaauummmm
3. Paling berani
4. Pemurah
5. Tak suka isap puting tapi bila dah beso ni dok gonggong botol susu jek
6. Nak pujuk Naqib bila nangis senang jek suakan aje botol susu misti Naqib diam
7. Naqib tak tolak makanan sume dia bedal kecuali batu kayu laaaaa
8. Bersuara garau....aaauuummm
9. Naqib pandai tolong ibu bila ibu mintak tolong....


...:: naqib masuk pertandingan mewarna dengan abang nabil.. biar betul?? ::...


................................:: naqib - 1 mei 2009 ::................................


Banyak lagik kalo nak disenaraikan tapi tu lah Naqib sampai sekarang ni x pandai cakap lagi..... satu perkataan yang paling lancar sebutannya AYAH...aduyaiii jeles ibu dibuatnya....Kalo nak susu disebutnya U U..... Takpelah Naqib, yang penting Naqib sihat dan tangkas.... lama-lama nanti pandailah Naqib bercakap kan.... tak sabar ibu nak dengar sore garau Naqib tu...;)


Hargailah Keluarga Anda...

Dapat mail dari kawan seangkatan. Bagus gak kalo dapat kongsi sama cerita ni... terharu sungguh....Okey... Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,

Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang
bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di
semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat
pengganti dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada
kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan
yang tidak bijak.

Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "


Kenapa dengan Aku??

Alamak nape ngan aku ni... tiba-tiba rasa sedih gila.....
Mmg takde mood beb... member opis dok tanye nape k ninie ni
dari semalam senyap jek tak dengar hilai tawa....

Aku pon confuse nak jawab camne... Mmg takde mood beb....
Aku nak bukak n3 baru pon aku terkial-kial ni padahal byk citer baru
yang aku rasa seswai sebelum ni kalo dijadikan n3

Entahla nak nangis pon ade ni....nak menjerit pon ada....
Kenapa tiba-tiba mcm ada batu yang jatuh hempap kat atas pala ni...
Aduhhhhh... Ya Allah kuatkanlah semangat hambamu..
Hanya padamu aku meminta pertolongan Ya Allah....
Tak tertanggung beban yang ku tanggung ni...


Tuesday, June 2, 2009

Sapa tu...






Sendiri tanya sendiri yang jawab.. hehehhe

Key tu gambo aku time kecik2 dulu... masa baby (tu mak aku ckp masa baru bape hari lepas lahir). Mak aku tgh pangku aku, sebelah tu abah aku tgh pangku abg sepupu aku n kedua-dua arwah atok aku..

pastu gambo atas kete tu masa aku baru 7-8 bulan kot .... dan yg kat kete tu dah 3 atau 4 tahun kot...

Ada lagik gambo masa kecik tapi aku tak larat nak tepek2 lagik....hehehhehe.... Nnti senang-senang aku tepek gambo ketika aku rumaja/anak dara.....hehehe...


Semalam cuti daaaa

Semalam aku kena ambil EL (Emergency Leave) sbb baby Nafeesa demam panas... risau gak aku... abg2 nya tu demam masa ari ahad tapi dah baik... ni menjangkit ke Nafeesa pulak.... masa weekend kami sekeluarga balik ke JB umah mak aku, agaknye dah lama tak balik budak-budak ni sibuk sakan asik main jek tak igt dunia, tu yang sampai demam-demam...hehehe...kalo kat umah mak aku dorang leh main sampai depan rumah tapi still dlm kawasan rumah lah... kalo kat umah sendiri takde maknanya ayah dia nak benarkan main kat luar.... dalam rumah jek lah jawabnye...

Hari ni bila buka blog, seronok gak lah tgk ramai gak kawan-kawan baru...hehehe.. Insya Allah ari ni aku cuba singgah ke blog engkorang ye...;), keylah nak buat keje sket yang terbengkalai.. maklumlah smlm kan coti...

*takde gambo baby demam pulak aku nak tepekkan... maklumlah baru berblog jdnya aku tak bape alert nak bergambo bagai.. Insya Allah next time aku cube lebih ber'seni' sket...