Wednesday, June 3, 2009

Hargailah Keluarga Anda...

Dapat mail dari kawan seangkatan. Bagus gak kalo dapat kongsi sama cerita ni... terharu sungguh....Okey... Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,

Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang
bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di
semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat
pengganti dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada
kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan
yang tidak bijak.

Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "


Kenapa dengan Aku??

Alamak nape ngan aku ni... tiba-tiba rasa sedih gila.....
Mmg takde mood beb... member opis dok tanye nape k ninie ni
dari semalam senyap jek tak dengar hilai tawa....

Aku pon confuse nak jawab camne... Mmg takde mood beb....
Aku nak bukak n3 baru pon aku terkial-kial ni padahal byk citer baru
yang aku rasa seswai sebelum ni kalo dijadikan n3

Entahla nak nangis pon ade ni....nak menjerit pon ada....
Kenapa tiba-tiba mcm ada batu yang jatuh hempap kat atas pala ni...
Aduhhhhh... Ya Allah kuatkanlah semangat hambamu..
Hanya padamu aku meminta pertolongan Ya Allah....
Tak tertanggung beban yang ku tanggung ni...


Tuesday, June 2, 2009

Sapa tu...






Sendiri tanya sendiri yang jawab.. hehehhe

Key tu gambo aku time kecik2 dulu... masa baby (tu mak aku ckp masa baru bape hari lepas lahir). Mak aku tgh pangku aku, sebelah tu abah aku tgh pangku abg sepupu aku n kedua-dua arwah atok aku..

pastu gambo atas kete tu masa aku baru 7-8 bulan kot .... dan yg kat kete tu dah 3 atau 4 tahun kot...

Ada lagik gambo masa kecik tapi aku tak larat nak tepek2 lagik....hehehhehe.... Nnti senang-senang aku tepek gambo ketika aku rumaja/anak dara.....hehehe...


Semalam cuti daaaa

Semalam aku kena ambil EL (Emergency Leave) sbb baby Nafeesa demam panas... risau gak aku... abg2 nya tu demam masa ari ahad tapi dah baik... ni menjangkit ke Nafeesa pulak.... masa weekend kami sekeluarga balik ke JB umah mak aku, agaknye dah lama tak balik budak-budak ni sibuk sakan asik main jek tak igt dunia, tu yang sampai demam-demam...hehehe...kalo kat umah mak aku dorang leh main sampai depan rumah tapi still dlm kawasan rumah lah... kalo kat umah sendiri takde maknanya ayah dia nak benarkan main kat luar.... dalam rumah jek lah jawabnye...

Hari ni bila buka blog, seronok gak lah tgk ramai gak kawan-kawan baru...hehehe.. Insya Allah ari ni aku cuba singgah ke blog engkorang ye...;), keylah nak buat keje sket yang terbengkalai.. maklumlah smlm kan coti...

*takde gambo baby demam pulak aku nak tepekkan... maklumlah baru berblog jdnya aku tak bape alert nak bergambo bagai.. Insya Allah next time aku cube lebih ber'seni' sket...


Friday, May 29, 2009

Haiiii

Hai kengkawan.. 2 ari tak bukak n3 baru..
coz ada sambungan kursus BI...
selama berkursus smptlah gak gi menjelajah ke blog-blog orang
tapi apakan daya tak sempat pulak nak update blog sendiri...

ari ni aku nak tepek gambo masa ari sukan taska anak sulongku, Nabil Iskandar
Masa tu aku tak pegi pon maklumlah kene duk umah jaga Naqib dan Nafeesa
Yang pegi ayahnya ngan Naufal jek..
Ikutkan hati mmg nak pegi tapi apakan daya
dikuatiri kami tak dapat nak mengontrol ketangkasakan anak2 lelaki kami....
dengan baby nafeesa lagik
tak cukup tangan beb...


:: baru sampai...lepak-lepak dalam khemah dulu ::


:: tgh beratur untuk ikrar dan ucapan perasmian... sempat peace lagi tu... ::


:: ....tgh menari "chicken dance"... ::


:: tgh bersiap sedia untuk acara yang nabil sertai... tangkas bertenaga ::


:: dah sampai rumah... tak abis-abis ngan peace... ::

teringin jugak aku nak ada bibik... tapi somi belum bersedia lagik
takut takde privacy katanya
selagi boleh handle dia nak handle..
takpelah somi pon banyak membantu hal-hal kat umah
rasanya kalo dia tak bantu mmg leh pengsan gak aku ni
tapi yg peliknya tu badan ni tak moh pulak nak turun2
makin dipam2 tu ada le....

Terima kasih yang tak terhingga buat suamiku...
Pengorbananmu hanya Tuhan yang dapat membalasnya...
Insya Allah aku berusaha menjadi isteri yang baik dan rajin walaupun
tak berapa nak rajin sangat ni....
terima juga kerana banyak bersabar dengan kerenah isterimu ini....


Tuesday, May 26, 2009

Award Follower Terawal....1 ~ 20



Hai... ari ni happy sesangat.. sbb dah tambah ramai kawan2 kat blog ni...
em... satu perkembangan yang baik ni..
walau baru 4 org jek followers tapi ok apa...
slow2 bak kata sorang teman....

So, ari ni aku nak adiahkan award ni kepada
kengkawan yang sudi follow blogku ini...
Sudi2kanlah ya kawan-kawan ambil award ni n letak di blog anda...

tatatititutu...


Monday, May 25, 2009

Potret Perkahwinan


Semalam aku dan hubby menatap album-album lama termasuklah album perkahwinan kami. Sempat gak aku mintak hubby scan gambo utk diletakkan dalam blog....

Tarikh pernikahan pada 21 Februari 2003
setelah 2 tahun mengikat tali pertunangan....