Tuesday, May 19, 2009

Al-Fatihah....

Hai... dah lama rasanya aku tak bukak entry kat blog aku yang sepi nih (hubby yg cakap) huhuhuhu sedih tau....hehehehe.... Masalahnya aku takde idea walau ada cerita yang nak ditulis kat sini....

Semalam aku ambil EL, sbb baby Nafeesa takde org jaga, Kak Uji yang jaga dia tu demam... skrg ni mmg musim demam... takpe lah aku sambung cuti hujung minggu aku sampai semalam....

Hari ni pagi-pagi, aku terima berita yang menyedihkan. Ibu Mertua Asmah, juruteknik di pejabat aku telah kembali ke Rahmatullah.... Innalillahiwainnailaihirojiun....

Dalam jam 9 pagi (lebih sikitlah) dengan kebenaran boss, aku dan beberapa orang officemate pergi melawat di kediaman Asmah kat Parit Lapis Sempadan. Kawan-kawan sebenarnya tatau nak pg ikut jalan mana, tapi nasib baik aku tau sebab aku selalu pergi ke kampung ni anto tempahan kain baju kat umah ex office mate dulu.

Sesampainya di rumah Asmah, dah ramai org-org kampung yang datang melawat dan sedang membaca Yasin. Kami ke bahagian dapur bertemu Asmah dan mendengar cerita beliau. Pada saat ini, aku dapat rasakan Asmah memikul tanggungjawab yang besar kerana beliau adalah menantu yang sulung. Suaminya anak sulong arwah dari dua adik beradik yang kedua-duanya lelaki. Aku hanya mampu meminta Asmah bersabar atas musibah yang berlaku dan berkongsi kesedihan dengannya. Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin......

* Ajal kita pula ntah bila ya....em... adakah amalanku cukup untuk bekalan hari esok??