Wednesday, May 13, 2009

MOshi MOshi...

Yo! Hari ni aku paksakan diri aku bukak citer baru... smlm mmg takde idea beb tambahan pulak ada kerja-kerja hakiki yang perlu aku buat... hari ni pon sebenarnya ada tapi takpe tak berapa urgent macam smlm... Hari ni aku bengang betul la dengan seseorang. Selalu sangat buat perangai 'b*****t' (sorry to say aku takde niat nak menodai kesucian blog aku dgn perkataan mcm ni).

Banyak kali dia buat hal, selalu ngelak dari perkara-perkara penting yang dia sendiri terlibat. Jangan nnti benda-benda tu org lain buat dia pulak yang dpt nama... dah jd mcm lembu pulak. Org-org mcm ni bahaya beb...

Ni aku nak kena siapkan kerja-kerja yang sepatutnya dia buat coz esok due date. Kalau aku tak kenangkan boss aku yang baik hati tu......em...*&%#?/. aku tak sangguplah nak teruskan ayat-ayat bombastik aku nih....hehehehe..hati panas ni... sabo sabo...

Emm... pg tadik aku sarapan di Kantin kalo ikutkan minggu ni dah kali ketiga aku sarapan kat situ. Tukar selera pulak di sini... Dah lama rasanya aku tak sarapan di sini sejak setahun yang lalu. Dulu masa di pejabat lama aku selalu sarapan ngan geng-geng aku (Nija n Kak Norid). Hari ini terserempak ngan mereka, rindu pulak nak sama-sama bersarapan mcm dulu sambil gosip-gosip. Hehehehehe....

Ahaks... balik-balik opis nampak makanan terhidang di atas meja sebelah bilik mesyuarat...wah dlm hatiku tiba-tiba berkata-kata "tghari nnti ajak k liza kebak karipap ngan ayam rendang".. eeeeeee mmg mentekedarah betul padahal baru sarapan tadik.... Insya Allah kalo meeting dah abis dan ada lebihan makanan apa salahnya kami mengambilnya dari terbiar dan terbuang.... tak baik membazir, itu kawan syaitan tu.... hehehehehe.... camne nak diet kalo camni kan???


0 ulasan: