Friday, May 22, 2009

Doa si anak.....





Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa.

"Ya tuhanku, selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si
datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi.

"Ya tuhanku, selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati, juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. Ya tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi
lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu.
Bang, abang pergi mana tadi? Kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong
tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa jadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita mati sakit
jantung pagi tadi ..."

Kwang Kwang Kwang ...


0 ulasan: