Thursday, May 7, 2009

Petua Mengasihi Suami

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah
terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya.
Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna, selitkan
jelingan-jelingan manja.

* Ni kalo nak menyeksi better kat umah la kan...kalo kat luo bahaya pulak.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan
hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan
berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan
perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga
suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya
dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan
banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun
anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan
bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda
sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap
ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun
setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-
curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang
tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda
hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara
masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi
tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini
akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika
anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin
merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya
dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk,pengotor,selekeh
ataukata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh
apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda
dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu
ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda
hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil
menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan
kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara
yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-
perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suamianda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik
walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes
poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di
sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa
bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda ber'sama'. Jika anda merasa malu
untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki
akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda
merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda ber******* dengan suami anda, janganlah biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda *****a menyuakan tubuh anda
untuk di******** dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh
mengecewakan suami anda.Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya
danmembangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan
andaagar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi
andakerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
Ingatwahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya
dalamkeadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati
lelakimudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin
senangbersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca
apabilaumurnya 40 an.


17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan
suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga
dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.


18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik
serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-
mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.


Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting,hormat la suami anda, jangan sekali di caci. Yg baik datangnya dari Allahs.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat.

* Jom kita start mengasihi suami kita.... wow.....


0 ulasan: