Friday, May 29, 2009

Haiiii

Hai kengkawan.. 2 ari tak bukak n3 baru..
coz ada sambungan kursus BI...
selama berkursus smptlah gak gi menjelajah ke blog-blog orang
tapi apakan daya tak sempat pulak nak update blog sendiri...

ari ni aku nak tepek gambo masa ari sukan taska anak sulongku, Nabil Iskandar
Masa tu aku tak pegi pon maklumlah kene duk umah jaga Naqib dan Nafeesa
Yang pegi ayahnya ngan Naufal jek..
Ikutkan hati mmg nak pegi tapi apakan daya
dikuatiri kami tak dapat nak mengontrol ketangkasakan anak2 lelaki kami....
dengan baby nafeesa lagik
tak cukup tangan beb...


:: baru sampai...lepak-lepak dalam khemah dulu ::


:: tgh beratur untuk ikrar dan ucapan perasmian... sempat peace lagi tu... ::


:: ....tgh menari "chicken dance"... ::


:: tgh bersiap sedia untuk acara yang nabil sertai... tangkas bertenaga ::


:: dah sampai rumah... tak abis-abis ngan peace... ::

teringin jugak aku nak ada bibik... tapi somi belum bersedia lagik
takut takde privacy katanya
selagi boleh handle dia nak handle..
takpelah somi pon banyak membantu hal-hal kat umah
rasanya kalo dia tak bantu mmg leh pengsan gak aku ni
tapi yg peliknya tu badan ni tak moh pulak nak turun2
makin dipam2 tu ada le....

Terima kasih yang tak terhingga buat suamiku...
Pengorbananmu hanya Tuhan yang dapat membalasnya...
Insya Allah aku berusaha menjadi isteri yang baik dan rajin walaupun
tak berapa nak rajin sangat ni....
terima juga kerana banyak bersabar dengan kerenah isterimu ini....


Tuesday, May 26, 2009

Award Follower Terawal....1 ~ 20



Hai... ari ni happy sesangat.. sbb dah tambah ramai kawan2 kat blog ni...
em... satu perkembangan yang baik ni..
walau baru 4 org jek followers tapi ok apa...
slow2 bak kata sorang teman....

So, ari ni aku nak adiahkan award ni kepada
kengkawan yang sudi follow blogku ini...
Sudi2kanlah ya kawan-kawan ambil award ni n letak di blog anda...

tatatititutu...


Monday, May 25, 2009

Potret Perkahwinan


Semalam aku dan hubby menatap album-album lama termasuklah album perkahwinan kami. Sempat gak aku mintak hubby scan gambo utk diletakkan dalam blog....

Tarikh pernikahan pada 21 Februari 2003
setelah 2 tahun mengikat tali pertunangan....


Friday, May 22, 2009

Doa si anak.....





Pada suatu malam, seorang ayah mendengar anaknya berdoa.

"Ya tuhanku, selamatkanlah Mak, Ayah, Nenek. Selamat tinggal, Datuk".

Si ayah kurang pasti akan maksud doa tersebut, tetapi keesokan harinya si
datuk ditemui mati kerana sakit jantung.

Pada malam itu, si ayah mendengar anaknya berdoa lagi.

"Ya tuhanku, selamatkanlah Mak dan Ayah. Selamat tinggal, Nenek".

Si ayah terasa amat risau. Keesokan paginya, si nenek pula ditemui mati, juga kerana sakit jantung.

Si ayah yang ketakutan mendengar anaknya berdoa lagi malam itu. Ya tuhanku, selamatkanlah Mak. Selamat tinggal, Ayah".

Si ayah panik sepanik-paniknya. Dia berjaga sepanjang malam dan pagi-pagi
lagi sudah pergi bertemu dengan doktor untuk memastikan bahawa dia sihat.

Bila dia pulang ke rumah, isterinya menunggu di depan pintu.
Bang, abang pergi mana tadi? Kalau abang ada pagi tadi boleh jugak tolong
tolong, kecoh pagi tadi tau!"

Si ayah yang hairan bertanya, "apa jadi pagi tadi?"

Isterinya (dengan muka sedih) menjawab "Tukang kebun kita mati sakit
jantung pagi tadi ..."

Kwang Kwang Kwang ...


English Course



Dua hari yang lalu, aku tak sempat nak bukak n3 baru coz kena pegi
English Course kat tpt keje aku.
Bagus gak la pegi kursus camni,
leh increase aku nye BI yang tak bape nak lancar.

Seronok weh.. walau tak bape fluent,
tapi masing-masing cuba gak nak speak in English...
tenaga pengajar pon tak lah beri tekanan sangat...
tapi yang penting... makanan sepanjang kursus
VERY DELICIOUS BEB......
ahaks...


Tuesday, May 19, 2009

Nenas oh Nenas...

Balik dari umah Asmah, sempat kami menyinggah ke Kg Parit Tengah Seri Kemajuan (bukan main panjang lagik nama kampung)... Kami ke situ semata-mata ingin membeli buah nenas... Tempoh hari Yg. Berhormat Malek Hisam ada belik nenas dan kopek kat opis kami... Makan ngan petis.... em sungguh menyelerakan........ aku dah le mmg minat buah nenas....perrggghhh kalo masak asam pedas rebus letak ikan ... mmg membukak seleraaaa....

Nak pegi tpt ni jauh gak ke dalam... aku ni dah lama duk kat Parit Raja tapi tak pernah pulak aku nak explore Parit-parit yang kat dalam-dalam tu.... bila masuk banyak umah beso-beso beb... tak sangkakan ada orang kaya duk kat dalam-dalam tu.... Hari tu banyak gak buah nanas yang kami borong, sume dlm RM10 kami kongsi-kongsi....



Kak Liza kutip buah nenas..


Buah nanas yang baru dipetik...(adakah dipetik??)


Hah amik ko... satu boot kete penuh ngan buah nenas....





Ladang nanas... Selalunya kalo kat Pekan Nanas aku jumpe panorama begini....


Al-Fatihah....

Hai... dah lama rasanya aku tak bukak entry kat blog aku yang sepi nih (hubby yg cakap) huhuhuhu sedih tau....hehehehe.... Masalahnya aku takde idea walau ada cerita yang nak ditulis kat sini....

Semalam aku ambil EL, sbb baby Nafeesa takde org jaga, Kak Uji yang jaga dia tu demam... skrg ni mmg musim demam... takpe lah aku sambung cuti hujung minggu aku sampai semalam....

Hari ni pagi-pagi, aku terima berita yang menyedihkan. Ibu Mertua Asmah, juruteknik di pejabat aku telah kembali ke Rahmatullah.... Innalillahiwainnailaihirojiun....

Dalam jam 9 pagi (lebih sikitlah) dengan kebenaran boss, aku dan beberapa orang officemate pergi melawat di kediaman Asmah kat Parit Lapis Sempadan. Kawan-kawan sebenarnya tatau nak pg ikut jalan mana, tapi nasib baik aku tau sebab aku selalu pergi ke kampung ni anto tempahan kain baju kat umah ex office mate dulu.

Sesampainya di rumah Asmah, dah ramai org-org kampung yang datang melawat dan sedang membaca Yasin. Kami ke bahagian dapur bertemu Asmah dan mendengar cerita beliau. Pada saat ini, aku dapat rasakan Asmah memikul tanggungjawab yang besar kerana beliau adalah menantu yang sulung. Suaminya anak sulong arwah dari dua adik beradik yang kedua-duanya lelaki. Aku hanya mampu meminta Asmah bersabar atas musibah yang berlaku dan berkongsi kesedihan dengannya. Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin......

* Ajal kita pula ntah bila ya....em... adakah amalanku cukup untuk bekalan hari esok??


Wednesday, May 13, 2009

Award dari Nija...




Hari ni aku baru jd follower nija setelah sekian lama aku teringin nak follow die... ahaks... nija ko jgn tak perasankan aku ye... sbb gambo aku cuma nampak idung ngan mata ajek...ngeh ngeh ngeh....
Ni aku gantungkan award dari ko kat blog aku yang x seberapa... sudi-sudikanlah berkunjung ke sini selalu....thanks for all your support...


MOshi MOshi...

Yo! Hari ni aku paksakan diri aku bukak citer baru... smlm mmg takde idea beb tambahan pulak ada kerja-kerja hakiki yang perlu aku buat... hari ni pon sebenarnya ada tapi takpe tak berapa urgent macam smlm... Hari ni aku bengang betul la dengan seseorang. Selalu sangat buat perangai 'b*****t' (sorry to say aku takde niat nak menodai kesucian blog aku dgn perkataan mcm ni).

Banyak kali dia buat hal, selalu ngelak dari perkara-perkara penting yang dia sendiri terlibat. Jangan nnti benda-benda tu org lain buat dia pulak yang dpt nama... dah jd mcm lembu pulak. Org-org mcm ni bahaya beb...

Ni aku nak kena siapkan kerja-kerja yang sepatutnya dia buat coz esok due date. Kalau aku tak kenangkan boss aku yang baik hati tu......em...*&%#?/. aku tak sangguplah nak teruskan ayat-ayat bombastik aku nih....hehehehe..hati panas ni... sabo sabo...

Emm... pg tadik aku sarapan di Kantin kalo ikutkan minggu ni dah kali ketiga aku sarapan kat situ. Tukar selera pulak di sini... Dah lama rasanya aku tak sarapan di sini sejak setahun yang lalu. Dulu masa di pejabat lama aku selalu sarapan ngan geng-geng aku (Nija n Kak Norid). Hari ini terserempak ngan mereka, rindu pulak nak sama-sama bersarapan mcm dulu sambil gosip-gosip. Hehehehehe....

Ahaks... balik-balik opis nampak makanan terhidang di atas meja sebelah bilik mesyuarat...wah dlm hatiku tiba-tiba berkata-kata "tghari nnti ajak k liza kebak karipap ngan ayam rendang".. eeeeeee mmg mentekedarah betul padahal baru sarapan tadik.... Insya Allah kalo meeting dah abis dan ada lebihan makanan apa salahnya kami mengambilnya dari terbiar dan terbuang.... tak baik membazir, itu kawan syaitan tu.... hehehehehe.... camne nak diet kalo camni kan???


Monday, May 11, 2009

Pening.....

Panas panas panas badan ini...
Pusing pusing pusing kepala ini....

Aku tak tau la kenapa ari ni aku pening kepala yg amat.... Budak-budak kat sini sibuk nak kenakan aku igt aku berisi lagik... gila ape... si nafeesa tu baru 4 bulan beb... hagak2 la kalo aku nak berisik lagik....hehehehee.. Badan aku pon sakit2 ni.... kalo pakai set agaknye takde lah seteruk ini peningnya... bdnnye byk angin ni... kuat sangat minum air batu lately... tiap kali kuar sarapan ke lunch ke... bila order air mulut aku dah diset dengan perkataan milo ais... mmg tu la minuman kegeraman aku skrg ni... hehehehe...

Minggu ni, boss aku bercuti panjang.. so tak bermakna aku akan bercuti panjang gak coz boss dah susun keje utk aku wat nnti. Tapi aku dah ada agenda aku sendiri.. biasalah bisnes kain tudung aku tu...igt minggu ni nak all out....maklumlah raya tak lama lagik beb...hah sape2 yang lom ganti pose tu cepat2lah ganti, mujur tahun lepas pose aku penuh.. Alhamdulillah....


I believe I can Fly...



Malam Sabtu lalu, sambil membelek-belek kain untuk jualan dengan mertua aku... aku tengok Konsert Akademi Fantasia, skrg kat umah mertua dah pasang kuali Astro so leh lah aku tgk rancangan realiti yang aku tak miss sejak Musim kedua... Musim pertama aku tak ikuti sbb lom ada Astro masa tu....

Tahun ni, tak ramai peserta yang aku suka lagi pon aku mmg tak tgk Diari langsung, peserta yang aku minat pon berdasarkan talent mereka bukan dari karekter dan personaliti.. yelah aku mmg tak tgk diari langsung, agaknye kalo ikuti diari mungkin ianya akan mempengaruhi minat aku.

AF kali ni aku minat Zizi kerana suara husky dan versatile but sayang sekali dia dah terkeluar... Aku suka masa konsert akhir masa dia terkeluar dulu.. beliau dendangkan lagu Amy Search - Aku Dah Bosan... dia pandai improvise lagu tu ikut cara dia sendiri...dengan suntikan blues.. wow aku mmg suka blues... hehehehe...dan seorang lagi pelajar yang aku suka adalah Hafiz yang mmg very talented... pandai control suara dan versatile juga...

Berbalik pada Konsert yg ke9 Sabtu lalu, aku suka Hafiz dapat lagu R. Kelly - I BELIEVE I CAN FLY dari album Runut Bunyi Filem Animasi Space Jam lakonan Michael Jordan - Tahun 1996 (jaman aku masuk ITM Jengka), sbbnya lagu-lagu camni leh naikkan semangat dan memotivasikan diri...naik bulu roma beb n tiba2 kita jadik bersemangat...aku rasa kalo lagu ni bagik kat Yazid tak mungkin Yazid dapat bawakan lagu tu sehebat Hafiz, aku kecewa gak tgk Yazid bawakan lagu kesukaan aku gak dari kumpulan Hujan - Aku Skandal (personally aku suka hujan bawakan lagu ni versi unplugged very jazzy)

Di sini gak aku selitkan lirik lagu I Believe I Can Fly....Lain masa kalo aku dah terror aku selitkan gak lagu ni dlm blog aku yang tak seberapa ni... just utk pendengaran halwa telinga korang yang sudi singgah kat blog aku..

I BELIEVE I CAN FLY – R. KELLY
I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love
I'm leaning on the everlasting arms

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

See I was on the verge of breaking down
Sometimes silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me, oh

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

Hey, 'cause I believe in me, oh

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

Hey, if I just spread my wings
I can fly
I can fly
I can fly, hey
If I just spread my wings
I can fly
Fly-eye-eye


Selamat Hari Ibu...

Selamat Hari ibu diucapkan kepada semua ibu-ibu....

Kepada bonda tercinta, Jamaiah Bt Mustakim, Selamat Hari ibu... terima kasih kerana melahirkan daku ke dunia ini dan memberi kasih sayang yang tak terhingga serta memberikan didikan yang sempurna

dan bonda mertua, Asiah bt Kasmuri... Selamat Hari Ibu... terima kasih kerana sudi menerima diriku sebagai menantu, sporting, memahami dan byk mengajar ilmu menguruskan rumahtangga...

Kepada semua yang bergelar ibu termasuk aku..hehehe... selamat hari ibu... semoga menjadi seorang ibu yang baik dan tabah menghadapi dugaan dan rintangan yang datang....


Friday, May 8, 2009

Naqib







Famili Ku...






Thursday, May 7, 2009

Petua Mengasihi Suami

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah
terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya.
Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna, selitkan
jelingan-jelingan manja.

* Ni kalo nak menyeksi better kat umah la kan...kalo kat luo bahaya pulak.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan
hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan
berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan
perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga
suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya
dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasaalah. Jangan
banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun
anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan
bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda
sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap
ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari,walaupun
setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-
curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang
tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda
hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara
masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi
tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini
akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari
sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika
anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin
merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya
dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan, busuk,pengotor,selekeh
ataukata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati suami akan tersentuh
apabila isteri berkata2 demikian.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda
dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu
ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda
hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil
menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan
kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain, terutama sekali perkara
yg boleh menjatuhkan air muka suami anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-
perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suamianda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah ia dengan baik
walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes
poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di
sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa
bosan terhadap anda.

14. Sesekali, ajaklah pula suami anda ber'sama'. Jika anda merasa malu
untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki
akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda
merasa bahawa dia diperlukan.

15. Apabila anda ber******* dengan suami anda, janganlah biarkan dia
bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda *****a menyuakan tubuh anda
untuk di******** dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh
mengecewakan suami anda.Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai.

16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya
danmembangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan
andaagar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi
andakerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
Ingatwahai isteri jgn biarkan suami anda kesakitan sendiri, sesungguhnya
dalamkeadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati
lelakimudah berkata'inginkan seseorang yg dapat membantu', jgn la hanya ingin
senangbersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki tak dapat di baca
apabilaumurnya 40 an.


17. Selalu la memasak utk suami terutama bagi wanita yg berkerjaya. Elakkan
suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri juga
dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga.


18. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik
serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-
mudahan nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.


Kepada isteri, jika anda berlakukan demikian, teruskan la, kepada yg tidak melakukan salah satu darinya, cuba la baiki diri anda. Sesungguhnya yg paling penting,hormat la suami anda, jangan sekali di caci. Yg baik datangnya dari Allahs.w.t, yg buruk datangnya dari diri kita sendiri...ubahlah sebelum terlambat.

* Jom kita start mengasihi suami kita.... wow.....


Wednesday, May 6, 2009

Nafeesaku...





Mencandat Sotong

Mencandat sotong?? Bagi mereka-mereka yang kaki pancing misti seronok kan... Ini adalah salah satu aktiviti semasa Hari Keluarga... Saja suruh cik Abang ikut cari pengalaman mcamana para nelayan tangkap sotong....selama ni yang kita tahu hanya makan sotong kan... dah ada peluang jgn lepaskan carik pengalaman di tengah laut....
Petang Jumaat tu, sume dah berkumpul di parking utk naik bas ke Jeti..dibahagikan kepada 3 kumpulan... cik abg siang2 dah telan 2 biji panadol takut mabuk laut katanya....

Tapi malam masa aktiviti, ribut pulak, dengan bunyi kilat dan guruh bersahutan... kami yang di bilik punyalah risau keselamatan suami dan anak masing-masing di tengah laut apatah lagik mereka yang di tengah laut....Subuh jam 5 pagi dorang selamat balik ke bilik.... sian tengokkan lemah longlai.... cik abang cerita pengalaman ribut di tengah laut.... mmg mengerikan.... dapat rasa bot dipukul dan dilambung ombak laut... Hanya Allah saja yang tau perasaan masa tu... antara hidup dan mati katanya.... Padanlah dapat seekor jek sotong... rupanya mereka dah tau malam tu akan berlakunya kejadian ribut... so, kalau makan makanan laut.. igtlah para nelayan yang bertungkus lumus mencari rezeki yang halal di tengah laut... menggadaikan nyawa masing-masing utk mencari sesuap nasi.....



Cik abang kita ni dapat seekor sotong jek malam tu.....


Cantik kan pemandangan ketika matahari nak terbenam


Suasana laut..


Suasana dalam bot, masing-masing sibuk ngan peralatan mencandat...


Gambo lagi...


Naqib kepenatan setelah shoping sakan


Bas yang bawak kami shopping ke Payang


Sukanya naufal....


comotnye adik naqib ni...


baby nafeesa pon penat duk dalam stroller


Berehat setelah penat shoping di Payang


Gambo lagi...


Sibuk main


Dalam perjalanan nak shopping ke Pasar Payang, sempat snap gambo Masjid


Tuesday, May 5, 2009

Gambo Family Day di Terengganu


Eh tiba-tiba bapak budak pulak yang lebih....


Mandi kolam.... nampak air jek...mana budak2 ni...


Tak sabo nampaknye bujang2 ku ini nak berendam....


Suasana masa pertandingan mewarna, Nabil dan Naqib jek yg masuk... Naufal masa ni kat bilik lagik... sibuk ngan ayah dia aje...


Pertandingan Mewarna kanak-kanak bawah 6 tahun.. Naqib masuk gak tapi ibu tolong kalerkan... dapat pencil color free jek....


Tgh tunggu giliran... Naqib pon sibuk nak masuk gak...



Ni Nabil masuk sukaneka permainan amik gula2 dlm tepung pakai mulut.... pon Nabil tak dapat nombor... cuba lagik tahun depan... Naufal masa ni tak masuk... dia balik bilik sakit perut.... nak iyakkkk.... ucuknyeeee


Nabil masuk sukaneka...amik air pakai span.... tak dpt nombor pon... takpelah tahun depan cuba lagik....