Thursday, August 27, 2009

Kembali...

Hai semua...
Akhirnya setelah lama mendiamkan diri..
Hari ini aku menyempatkan diri menulis sesuatu kat blog ni...

Bukan sengaja menghilangkan diri..
Tapi aku sibuk dalam minggu ni...
Dapat surat pertukaran tugas di saat akhir...
Aku kena bertukar ke pejabat baru... bagi aku macam sirih pulang gagang
Sebab sebelum ni memang aku di pejabat tu....

Hari ni hari kedua aku di sini.. Masih blur lagi..
Ambil masa nak sesuaikan diri balik dengan suasana kat sini...
Lama-lama okeylah kan...

Keylah aku nak gi solat...jumpe lagi nanti...
chiaowww.....


Friday, August 21, 2009

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak



Assalamualaikum kepada kawan-kawan blogger semua...
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi...Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dalam setiap bicara saya dalam blog ini....

Selamat berpuasa semua....semoga menjalani ibadah puasa dengan tenang dan penuh kesabaran....


Tuesday, August 18, 2009

Over Time...

Yehaaaaaaaaaaaaa....Malam ini kita overtimee....
Wah suka nampak.... waduhh kalo overtime bikin kije takpe...
Ni kena wat meeting malam-malam yang teruk aku gak kena amik minit...
Mata dah ngantuk nih... ada kang aku tetido dalam meeting...

Sekarang ni aku kat opis sambil siapkan bahan-bahan masuk meeting..
Sempat pulak aku tulis kat blog... yelah sejak akhir-akhir makin bz pulak..
Tapi aku seronok....hehehe...

Aku nak gi tgk bilik mesyuarat dan juadah untuk meeting dah sampai belum..
Malam-malam macam nih makan roti jala cicah kuah kari ... perghhhhh lapo dah nih..

Aku kuar dulu...Jumpa lagik nanti...
daaaaaaa....


Cuba

Saja letak lirik lagu ni... kadang-kadang dengan lagu kita dapat meluahkan rasa hati kita.........


Cuba kau dengar
Cuba kau cuba
Diam bila ku cuba
Tuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu

Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Cuba kau lihat
Cuba kau cuba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
Tuk menyatakan rasa sakit
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
Kau pulang tuk dapatkan aku
Itulah aku…padamu

Maafkan kerana aku tak pernah
Terlintas tuk menulis pada mu
Salahkan ku
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar..
Untuk kau melihat ke mataku

Siapa
Sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila
Tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku…padamu


Monday, August 17, 2009

Pergi Tak Kembali


Setiap insan pasti merasa,
Saat perpisahan terakhir,
Dunia yang fana akan ditinggalkan,
Hanya amalan yang dibawa.
Terdengar sayup surah dibaca,
Sayunya alunan suara,
Cemas di dada...lemah tak bermaya,
Terbuka hijab di depan mata.
Selamat tinggal pada semua,
Berpisah kita selamanya,
Kita tak sama nasib di sana,
Baikkah atau sebaliknya.
Amalan dan takwa jadi bekalan,
Sejahtera bahagia pulang...ke sana.
Sekujur badan berselimut putih,-
Rebah bersemadi sendiri,
Mengharap kasih anak dan isteri,
Apa mungkin pahala dikirim.
Terbaring sempit seluas pusara,
Soal-bicara terus bermula,
Sesal dan insaf tak berguna lagi,
Hancurlah jasad dimamah bumi.
Berpisah sudah segalanya,
Yang tinggal hanyalah kenangan,
Diiring doa dan air mata,
Yang pergi takkan kembali lagi.


Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dari Kumpulan Rabbani (1969-2009).
Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..


Thursday, August 13, 2009

Hutang Tag.. ampunnnn

Tempohari ada dapat tag dari Cutemiut78..... Sebenarnya bukan dari Cute saja... ada 2 lagik tag iaitu dari Reen dan Zaty... huhuhu... mohon maaf berbanyak maaf... kerana bukan akak tak nak jawab.. tapi tak dan lagik ni... Insya Allah akak akan jawab juga nanti....

Ni tag dari Cute.....hehehe...

1. Apakah hubungan awak dan dia? (sesiapa pon boleh)
DIA - En Fadeli... suamiku yang tercinta........

2. 5 impression terhadap dia?
~ seorang yg bertanggungjawab
~ seorang bapa dan somi yg penyayang
~ seorang yang manja dan pemalu sebenarnya...
~ minat pada kereta dan muzik...(muzik rock hoccay)
~ agak garang tapi baik hati sebenarnya...

3. Perkara yang paling memorable yang dia lakukan kat awak?
Banyak tak ingat laa... tapi dia suka buat surprise utk saya....

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
Saya sayang awak... sewaktu kali pertama couple... kami couple tak macam org lain key.Takde dating-dating, suma chating-chating..

5. Kalau dia kekasih awak...... awak akan?
Dah jadi suami ku sudah...

6. Kalau dia jadi musuh awak...... awak akan?
Iskh... ke situ pulak soklannya...merapu sungguh...hahahahaha

7. Kalau dia jadi musuh awak......mungkin kerana?
eemmm.. kerana org ketiga kot..iskh amit-amit jaban bait....

9. Overall impression tentang dia?
Seorang yang bertanggungjawab dan berfikiran jauh..

10. The most desirable thing to do to her/him?
Berjalan-jalan berdua-duaan di tepi pantai melihat matahari terbenam...

11. Apakah awak rasa tentang pandang orang terhadap awak?
Ntah ye... no idea nak jawab soklan nih...hhehehe

12. The character of you for yourself?
Periang dan agak sensitif

13. On contrary, the character you hate about you?
Teramat merendah diri..

14. The most ideal person you want to be with?
Suamiku laa...

15. For people who like you.... tell something about them....
Terima kasih kerana menyukai saya.... saya menghargainya.....

16. Ten people you tag?
~ softouch(hanim)
~ 10
~ neezareef
~ zaty84
~ Mummy 2 Haqq
~ Dee
~ Mamazana
~ Mama Ezureen
~ ctrahani
~ Reen

Key cute.... hehehe... Selesai sudah ku jawab tag mu itu... adoyaiii ade 2 lg tag... tungguuuuuuuuuu.....

*********************************************************************************

Award dari Cute gak kerana menjadi Top 50 Newest Follower dia....Thanks cute...wah spongebob..hehehe...



Dan ini pula dari Anaklaut kerana menjadi follower dia juga... Thanks anaklaut...:)..cute award nih..


Air Liur Basi

Untuk info kita bersama.....

Khasiat Air Liur Basi


Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia.
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..

Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden

Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum
baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur
basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku