Monday, August 17, 2009

Pergi Tak Kembali


Setiap insan pasti merasa,
Saat perpisahan terakhir,
Dunia yang fana akan ditinggalkan,
Hanya amalan yang dibawa.
Terdengar sayup surah dibaca,
Sayunya alunan suara,
Cemas di dada...lemah tak bermaya,
Terbuka hijab di depan mata.
Selamat tinggal pada semua,
Berpisah kita selamanya,
Kita tak sama nasib di sana,
Baikkah atau sebaliknya.
Amalan dan takwa jadi bekalan,
Sejahtera bahagia pulang...ke sana.
Sekujur badan berselimut putih,-
Rebah bersemadi sendiri,
Mengharap kasih anak dan isteri,
Apa mungkin pahala dikirim.
Terbaring sempit seluas pusara,
Soal-bicara terus bermula,
Sesal dan insaf tak berguna lagi,
Hancurlah jasad dimamah bumi.
Berpisah sudah segalanya,
Yang tinggal hanyalah kenangan,
Diiring doa dan air mata,
Yang pergi takkan kembali lagi.


Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dari Kumpulan Rabbani (1969-2009).
Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..


4 ulasan:

POSH76 said...

Al Fatihah dari sis jugak..my idol...suker sgt dgr lagu nasyid dia...huhu...sedey tgnk melodi smlm...

reen said...

al Fatihah..semoga rohny dcucuri rahmat...sy lak sedey tngok mhi lps..huhuhu.

J@J@ / Bini The Rock said...

saya juga meminati Rabbani.....
Semoga roh Allahyarham Ustaz Asri sentiasa dirahmati...

Al-Fatihah....

ninie said...

posh, reen, jaja ~ semoga roh beliau dicucuri rahmat...AMIN...