Monday, August 17, 2009

Pergi Tak Kembali


Setiap insan pasti merasa,
Saat perpisahan terakhir,
Dunia yang fana akan ditinggalkan,
Hanya amalan yang dibawa.
Terdengar sayup surah dibaca,
Sayunya alunan suara,
Cemas di dada...lemah tak bermaya,
Terbuka hijab di depan mata.
Selamat tinggal pada semua,
Berpisah kita selamanya,
Kita tak sama nasib di sana,
Baikkah atau sebaliknya.
Amalan dan takwa jadi bekalan,
Sejahtera bahagia pulang...ke sana.
Sekujur badan berselimut putih,-
Rebah bersemadi sendiri,
Mengharap kasih anak dan isteri,
Apa mungkin pahala dikirim.
Terbaring sempit seluas pusara,
Soal-bicara terus bermula,
Sesal dan insaf tak berguna lagi,
Hancurlah jasad dimamah bumi.
Berpisah sudah segalanya,
Yang tinggal hanyalah kenangan,
Diiring doa dan air mata,
Yang pergi takkan kembali lagi.


Al-Fatihah untuk Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim dari Kumpulan Rabbani (1969-2009).
Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang beriman..


Thursday, August 13, 2009

Hutang Tag.. ampunnnn

Tempohari ada dapat tag dari Cutemiut78..... Sebenarnya bukan dari Cute saja... ada 2 lagik tag iaitu dari Reen dan Zaty... huhuhu... mohon maaf berbanyak maaf... kerana bukan akak tak nak jawab.. tapi tak dan lagik ni... Insya Allah akak akan jawab juga nanti....

Ni tag dari Cute.....hehehe...

1. Apakah hubungan awak dan dia? (sesiapa pon boleh)
DIA - En Fadeli... suamiku yang tercinta........

2. 5 impression terhadap dia?
~ seorang yg bertanggungjawab
~ seorang bapa dan somi yg penyayang
~ seorang yang manja dan pemalu sebenarnya...
~ minat pada kereta dan muzik...(muzik rock hoccay)
~ agak garang tapi baik hati sebenarnya...

3. Perkara yang paling memorable yang dia lakukan kat awak?
Banyak tak ingat laa... tapi dia suka buat surprise utk saya....

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
Saya sayang awak... sewaktu kali pertama couple... kami couple tak macam org lain key.Takde dating-dating, suma chating-chating..

5. Kalau dia kekasih awak...... awak akan?
Dah jadi suami ku sudah...

6. Kalau dia jadi musuh awak...... awak akan?
Iskh... ke situ pulak soklannya...merapu sungguh...hahahahaha

7. Kalau dia jadi musuh awak......mungkin kerana?
eemmm.. kerana org ketiga kot..iskh amit-amit jaban bait....

9. Overall impression tentang dia?
Seorang yang bertanggungjawab dan berfikiran jauh..

10. The most desirable thing to do to her/him?
Berjalan-jalan berdua-duaan di tepi pantai melihat matahari terbenam...

11. Apakah awak rasa tentang pandang orang terhadap awak?
Ntah ye... no idea nak jawab soklan nih...hhehehe

12. The character of you for yourself?
Periang dan agak sensitif

13. On contrary, the character you hate about you?
Teramat merendah diri..

14. The most ideal person you want to be with?
Suamiku laa...

15. For people who like you.... tell something about them....
Terima kasih kerana menyukai saya.... saya menghargainya.....

16. Ten people you tag?
~ softouch(hanim)
~ 10
~ neezareef
~ zaty84
~ Mummy 2 Haqq
~ Dee
~ Mamazana
~ Mama Ezureen
~ ctrahani
~ Reen

Key cute.... hehehe... Selesai sudah ku jawab tag mu itu... adoyaiii ade 2 lg tag... tungguuuuuuuuuu.....

*********************************************************************************

Award dari Cute gak kerana menjadi Top 50 Newest Follower dia....Thanks cute...wah spongebob..hehehe...



Dan ini pula dari Anaklaut kerana menjadi follower dia juga... Thanks anaklaut...:)..cute award nih..


Air Liur Basi

Untuk info kita bersama.....

Khasiat Air Liur Basi


Air liur basi berkhasiat cerna sistem tubuh manusia.
Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.

Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia..

Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden

Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum
baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.

Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur
basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku


Tuesday, August 11, 2009

Kerja Keras Tangan

Cerita ni sebenarnya dah lapuk dah.. dah berminggu-minggu kat draf.. ni penangan melayan blues lapok ari tu laaa...hehehehhe...

Ni citer pasal aku jadik bidan terejun wat cenderahati Nabil... Malam tu Nabil ckp kat ayah ngan ibu, cikgu suh wat cenderahati dari barang terpakai tukar-tukar ngan kawan, nak tukarnya tu hari soknya pulak tu...So, aku ngan En Fadeli plan laa lepas anak-anak tidur nak buat laa kan... tapi dah larut malam lupa pulak kami siap leh layan CSI malam tu...

Sok pagi dah sampai opis baru teringat, nasib baik En Fadeli kelas kul 9, terus gelabah balik umah cariklah barang terpakai nak suh aku buatkan. Perghhhhh..tangan takde seni nih nak suh buat cenderahati.. hantam jek lah labu...

Kebetulan ari tu ari Jumaat, pagi ada tazkirah... lepas tazkirah aku ajak member aku Ina tolong aku buat cenderahati tu.... Barang-barang En Fadeli dah anto masa tu.. yang ado bunga telur (yang cikai2 lak tu), cawan polisterin, benang yg cantik tu (lebihan buat kad jemputan kawin) pastu adalah straw bagai...hehehehe

Aku pening gak kan.. nak buat ape.. last2 aku pk buat jambangan bunga dalam vase.. so, korang tengoklah gambo yang sempat aku snap...




Ni la rupa pasu bunga Nabil.. aku amik idea ni dari gambar Bangunan Berputar yang pernah aku tengok kat Forum Cari dulu... Lom siap lagik nih, Ina tengah lilit ngan benang....




Aku silaplah tak potong straw tu.. kalo tak misti kemas sket....hehehe...Tak sempat nak tangkap gambar proper... van sekolah Nabil dah sampai.. ahkak bekejo beb takot tertinggal...hehehehehe...



Kad yang simple.. tak dan nak buat lawa-lawa... oklah tu Nabil dari non ado...Thanks to Ina coz tolong ahkak buat benda-benda seni nih...hehehe...


Saturday, August 8, 2009

Pesta Konvo

Hari ini bermulalah Majlis Konvokesyen kat tpt aku..Setiap kali ada Majlis Konvokesyen mestilah ada peluang berniaga...So, tahun ini Kelab kat Opis aku pun mengambil peluang utk menjana duit kelab...Ngeh Ngeh Ngeh... hari ni kita org duk bukak Gerai kat Tempat Letak Kereta sebelah Dewan Besar....Gerai kami jual Cenderahati Universiti, Bunga Sabun, Makanan dan MinumanAlhamdulillah.. jualan kami hari ini amat memberangsangkan...walaupun dibuka sebelah pagi sampai tengahari sajork....
Insya Allah esok sampai Selasa gerai kami akan dibuka satu hari....
Seronok walaupun penat sedikit...

So, saksikanlah gambar-gambar yang sempat aku snap....hehehehe...



Jajan untuk budak-budak



Roti sandwich ni kami buat sendiri... Alhamdulillah sold out...



Minuman kotak dan Tin... paling laku sebab cuaca panaskan...



Bunga sabun dalam jambangan...cewahhh...



Cenderahati Universiti



Cenderahati gak



Aku ngan Shidah, budak praktikal tempat ako...


Friday, August 7, 2009

Nabil Tak sekolah

Hari ni Nabil tak sekolah...
Sakit mata..
Matanya merah jek..
Aku rasa tu sebab panas dalam...
Nasib baik adik-adiknya tak kena sama...

Keluarga aku sekarang ni dilanda demam selsema...
Memang tengah musim tambahan lagik ada wabak Influenza tu..
Seriau gak kami sekeluarga..
Tawakal sajalah....
Yang penting kebersihan mesti diutamakan...


Suruh posing suka saja.. tak padan dengan sakit...tak nampak pulak matanya yg sakit tu..hehehe..



Nabil kat opis aku... Nak letak kat taska, takot berjangkit pulak sakit mata...


Wednesday, August 5, 2009

Risau, Takut, Bimbang

Sekarang ni kat daerah tempat aku tinggal ni...
Dah kecoh ngan H1N1...
Kat klinik, spital mmg penuh ngan manusia yang nak check tahap kesihatan mereka
Termasuk aku ni dah berapa kali pegi klinik...
Hari ni genap 7 hari sakit tekak aku tak hilang...
Sore jgn cakap laaa dah mcm Ella dah...
Ella pon tak seteruk ini...
Hari ni jugak aku dengar kes dah meningkat....
Naik bulu tengkuk bila mendengarnya...

Aku risau, takut, bimbang...
Sume dah bercampo-campo dah...
Anak-anak aku macamana??

Ya Allah... redakanlah kebimbangan di hati ini...
Kau jauhkanlah diri kami dari bala ini...
Lindungilah diri kami dengan keizinanmu...
Adakah ini bala yang kau turunkan ke atas kami dari kejahilan diri kami..
Ya Allah, Ampukankanlah dosa-dosa kami....
Hanya padamu kami meminta pertolongan..
AMIN..