Monday, July 6, 2009

Aura




Pagi tadi bila aku dah beres wat keje, aku rileks la jap kan sambil tu aku bukak Forum yang selalu aku ikuti (sejak ada blog aku dah jarang daa tgk).. Selalunya aku suka baca gosip-gosip tapi ntah nape tah jari aku ter'click' thread pasal Pemikiran dan Idea... cehhhh ape ke mimpi aku ek bukak topik yang berkaitan ngan bab-bab nih...
Dalam banyak-banyak thread yang ada aku tertarik ngan thread pasal Aura... So, sedikit sebanyak leh gak kita berkongsi kat sini kan.....

AURA ni merupakan medan tenaga yg ada kat sekitar badan manusia, tak boleh dilihat dgn mata kasar. Pakar menyebutnya sebagai gelombang elektromagnetik jaluran tenaga atau wap2 air dlm warna pelangi yg diserap.

Pernah tak korang rasa bila bertemu dgn seseorg tu kita rasa sgt menyukainya w/pun baru 1st berjumpa dan ada pulak yg kita rasa kurang senang atau tidak selesa.

Contoh bila kita terserempak baby kecik ( bukan dr famili kita ) bila kita dukung dia tak menangis malah mungkin tersenyum. Itu maknanya dia merasa aura positif yg kita miliki. Haiwan juga mempunyai deria utk merasai aura manusia, contohnya kucing. Pernah tak korang alami yg tiba2 ada seekor kucing menghampiri lalu menggesel badannya di kaki kita, w/pun kat situ ramai lagi manusia lain.
(hah ni aku salu la kene kalo makan kat restoran, mesti ada kucing yang datang gesel2 kat kaki aku.. mcm tau jek aku tak sukak kucing..hehehe)

Aura sifatnya adalah positif, tetapi boleh berubah bergantung dgn sikap dan gaya hidup pelaku cth seperti perjalanan emosi, fizikal, mental dan tahap kerohanian ( taat kepada agama )

Aura akan berubah menjadi negatif apabila seseorg itu dlm keadaan marah, tertekan, kebingungan, lemah semangat dll yg akan menyebabkan sistem di dlm auranya mengalami kebocoran. (aramak bocor la pulak)

ok..korang bayangkan sekeling tubuh korang ada tujuh lapisan pelangi iaitu aura, jika warnanya seimbang bermakna sifatnya adalah positif, tetapi jika mengalami kebocoran warnanya akan bercelaru dan merosakkan keseimbangan aura itu sendiri.



Sifat warna aura secara umum
* Ungu - menunjukkan tingkat spirituil

* Biru - spirituil dan telepati yang baik

* Biru laut - keupayaan tinggi untuk mempengaruhi orang lain

* Hijau - menenangkan

* Kuning - periang

* Oren - hebat, luar biasa dan unik

* Merah - materialistik, gagah, berfikiran negatif

* Merah jambu - penyayang

* Coklat - tidak stabil, spirituil negatif

* Kelabu - murung, punyai sisi gelap dalam hidup

* Belerang - tidak sihat, pemarah

* Putih - penyakit serius.


Aura menjadi lemah sekiranya:

* Kurang bersenam

* Merokok

* Kurang rehat

* Udara yang tidak bersih

* Tekanan

* Pengambilan alkohol dan penyalahgunaan dadah

* Perasaan negatif seperti iri hati, cemburu, dengki, suka mengadu-domba, mengumpat, mengutuk dan lain-lain.


Tip memulihkan aura
* Berfikiran positif

* Mandi di bawah aliran air terjun atau pergi ke kawasan yang penuh kehijauan bagi mengeluarkan tekanan.

* Jangan sesekali membawa balik masalah terus ke rumah. Seelok-eloknya, berhenti dahulu di mana-mana untuk berehat lebih kurang dalam 10 minit.

Cuba tukar tenaga negatif kepada positif. Rancangkan apa yang perlu dilakukan sepanjang berada di rumah sampai esok pagi.

* Mandi dengan kerap. Mulakan dari kaki ke atas untuk membuang panas di dalam badan.

Semasa mandi, fikirkan hal-hal yang positif sahaja kerana air boleh merakam apa sahaja yang difikirkan.

* Ajar diri banyakkan bertenang kerana secara tidak langsung ia dapat menghindari mudah dimasuki aura negatif

* Banyakkan minum air putih.


19 ulasan:

Softtouch [Hanim] said...

sy pun sejak ade blog, xbape lyn forum2 lah. kalu tgk pun gosip jer..:)

pasal aura tukan, pnah jer..bb tu elok je ngan sy tp ngan org lain dia xnak.
Thanx 4 sharing...

ninie said...

hanim ~ betul tu hanim... dah tak layan forum sangat...hehehe...

neezareef said...

igt ko x keja...

bagus share info camnie

ninie said...

neeza ~ aku kije tapi ari ni mcm lemau sket la ako...

atty's said...

kdg mmg kan..kalo 1st jumpa cam tade chemistry..

ninie said...

kty ~ aah kan..kadang-kadang pulak mcm dah lama kenal la pulak..

atty's said...

kty kurang ar minum air.kadang lupas langsung..

ninie said...

kty ~ kita pon mcm tu kalo opis ni sbb berecond kan tak rasa haus... tapi bawak bekal air bukan main gedabak...hehehe

iesma said...

k.ninie..amboi2 info pasal aura yerk..
besh gak tuh..lepas ni nk selalu fikir positif la..pastu nk rajin2 mandi sehari 6 kali ok?ehehh :)

reen said...

adkh aku gak pny aura trsndiri??
ap pn kaler pink tu-pnyayang.....
dakukh pnyayang??....syng sis ninie!!!mmuahhhh...hikhikhik...

POSH76 said...

aku mmg suker bab2 aura nie...hehe

ninie said...

iesma ~ amboi isma ko nak mandi byk2 kali pon bleh....hehehhee... tapi niat kene baik yo air tu rakam ape niat kita hehehehe...

ninie said...

reen ~ ko pon sukak pink ka..hehehe samalah kita....adakah aku pon penyayang gak??? i sayang you gakk....muahhhhh..

ninie said...

k posh ~ akak mmg ada aura tersendiri la kak... lawa jek manjang....

ct rahani said...

gud info kak.. br semlm citer2 ngan kwn 1 opis psl aura.. hiks..

suhaila-ab said...

aura aku kat umh lah gak nyee...pasal aku mmg suka duk umh aku...kalau balik keje..tak sabo2 nak masuk umh...bila masuk umh..dah tak igt problem lain...

ninie said...

ct ~ wah ct pon interested gak ek pasal aura aura nih...

ninie said...

su ~ ooooo sonoknya ko.. umah ko misti byk kale hijau ek..

reen said...

tp kn sis..aura si mawi tu lg dangerous tahap cipanzi knknkn.....huhuhu...(x mnat mawi)