Tuesday, June 9, 2009

Jom Baca


:: Contoh gambar botol yang mengandungi benzene ::





Petang ni aku bz sket kat ofis tak sempat nak bukak n3 best-best....tapi tadi bukak mail n dapat mail yang bagus utk kita kongsi bersama....Jom kita baca....

Dilarang menghidupkan penghawa dingin sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

* Jadi kengkawan, kalo naik kete tu bukaklah tingkap dulu ye... kasik haba kuar... tudung kemek kena tiup angin takpe sekejap jek nnti leh betulkan.. kalo organ dalaman kita rosak mana nak carik ganti???


10 ulasan:

Mesayu Kirana said...

Hmm...info yang bagus. Akak slalu kalo masuk keter mesti terus onkan air-cond. Lepas ni insya-allah tak wat lagik.

attyfir said...

salam singgah..jenguk2 blog, tq ninie..for the gud info..

sue-ab said...

aku pun dapat gak email ni...lepas baca 2-3 hari ni kalau naik kete mesti bukak pintu kete besar2...sume2 yg naik kete aku warning jgn masuk dulu...sumer makhluk macam muka ting tong...lam kete aku pun buat la ceramah kesihatan free...

ninie said...

mesayu kirana ~ samalah kita kak...lps ni kita bukak tingkap dulu ye...

kty ~ ok kak... tq singgah sini...

su ~ betul tu su.... bukan ape utk kesihatan kita gak kan....

Neeza.Areef said...

aku penah baca pasal ni tp kan..x tahan ko panas sungguh laju je nk idupkan ekon ko

ninie said...

ha ah... tak tahan nak berecond..hehehe

Anonymous said...

ye ke...seram gak ni...
cik abng slalu bukak aircrn dulu...lpas ni x nk wt la...gud info...thanks sis!!

ninie said...

reen ~ tulah seremmm kan..

fazid said...

betul3... lagipun nak kasi enjin tahan lama, jgn on aircond dulu :D

Fauzieah @ Chome said...

hi..thanks singgah blog kita..
good info..memang kalo masuk keta fes bukak tingkap dulu laa..bg haba kuar..kalo tak..pasang la econ cmane pun still rasa panas tuh..kecuali kalo time ujan laa..masuk keta terus bukak econ laa..hihi..